Utusan Borneo (Sarawak)

Empat suspek rompak rumah selebriti diberkas

- Muka

LOS ANGELES: Empat orang telah ditangkap kerana didakwa menyamun rumah selebriti termasuk penyanyi Rihanna dan bintang besbol Yasiel Puig, polis Los Angeles mengumumka­n kelmarin.

Pihak berkuasa berkata mereka percaya suspek adalah sebahagian daripada sindiket lebih besar yang secara khusus memecah masuk ke dalam rumah atlet, pelakon dan penerbit filem Hollywood untuk melakukan kecurian.

Rumah bintang bola keranjang LeBron James muncul dalam senarai rumah yang dirampas oleh polis dan dipercayai menyenarai­kan sasaran rompakan.

Rumah dua pelakon Viola Davis dan Matt Damon juga ada dalam senarai.

Suspek merupakan tiga remaja, dua berusia 19 tahun dan seorang berusia 18 tahun, selain ibu berusia 34 tahun kepada salah seorang daripada mereka.

“Sejak beberapa bulan lalu, Jabatan Polis Los Angeles ( LAPD) telah menyedari tentang siri rompakan rumah yang menyasari pelakon, penerbit, pemuzik dan atlet profesiona­l yang tinggal dalam kawasan Los Angeles,” kata Lillian Carranza, ketua bahagian jenayah komersil LAPD, di satu sidang akhbar.

“Rumah mangsa dipilih berdasarka­n paparan media sosial serta jadual jelajah atau perjalanan pemilik. Perompak percaya orang tidak ada di rumah dan rumah berkenaan me- ngandungi barangan berharga yang dicari- cari dan mungkin mereka minati,” ujarnya.

Polis yang membuat tangkapan merampas dompet dan beg duit, jam tangan, barangan kemas dan sepucuk pistol.

Sejak dua tahun lalu, rumah selebriti seperti Alanis Morissette, Nicki Minaj dan Emmy Rossum juga pernah disamun. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BARANG CURI: Carranza mengadakan sidang akhbar untuk mengumumka­n penangkapa­n empat suspek berhubung dengan beberapa kes rompakan berprofil tinggi di rumah penyanyi, atlet profesiona­l dan selebriti lain di Los Angeles, California kelmarin.
— Gambar AFP BARANG CURI: Carranza mengadakan sidang akhbar untuk mengumumka­n penangkapa­n empat suspek berhubung dengan beberapa kes rompakan berprofil tinggi di rumah penyanyi, atlet profesiona­l dan selebriti lain di Los Angeles, California kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia