Utusan Borneo (Sarawak)

Gengster guna helikopter lolos dari penjara diberkas di utara Perancis

-

PARIS: Seorang gengster yang meloloskan diri dari penjara dengan menggunaka­n helikopter ala Hollywood telah ditangkap di utara Perancis selepas tiga bulan hidup dalam pelarian, kata sumber yang dekat dengan inkuiri awal semalam.

Perompak terkenal di Perancis Redoine Faid dicekup pada waktu malam di wilayah Oise ke utara Paris bersama tiga lelaki lain termasuk adik lelakinya, kata satu sumber yang mengesahka­n laporan media sebelum ini.

Operasi besar- besaran dilancarka­n untuk memburunya selepas Faid meloloskan diri dengan berani pada 1 Julai lalu, di mana dua rakan subahat bersenjata berat menggunaka­n bom asap dan pengisar sudut untuk memecah pintu dan membawanya ke sebuah helikopter yang menunggu mereka.

Faid, seorang penjenayah dengan beberapa pensabitan bagi rompakan bersenjata, dilarikan dari penjara di Reau, 50 kilometer ke tenggara Paris.

Dua lelaki yang menyamar sebagai pelajar sekolah penerbanga­n, yang sudah menaiki penerbanga­n pengenalan, memaksa seorang pengajar helikopter dengan senjata api untuk menerbangk­an mereka ke penjara berkenaan.

Juruterban­g yang ketakutan itu mendarat di hala- man penjara – satu-satunya bahagian di penjara yang tidak dipasang dengan jaring antiheliko­pter – yang mencetuska­n perdebatan hangat di Perancis tentang sama ada penjara negara cukup selamat ataupun tidak.

Faid menjalani hukuman penjara selama 25 tahun berhubung satu rompakan yang tidak menjadi pada 2010 di mana seorang anggota polis wanita terbunuh, walaupun dia mendakwa kematianny­a tidak disengajak­an.

Kira-kira 100 pakar polis dikerahkan untuk menjejaki banduan berusia 46 tahun itu, yang nyaris ditangkap hanya beberapa minggu sahaja selepas dia melarikan diri dan terpaksa meninggalk­an sebuah kereta yang membawa bahan letupan.

Faid pernah sekali lari dari penjara, selama enam minggu pada 2013.

Dia pernah menyebut penjahat filem seperti Tony Montana dalam ‘Scarface’ sebagai inspirasi dan berkata dia menjumpai “panggilan” hidupnya pada usia 12 tahun.

Pada Julai lalu, penyiasat menjumpai senjata api, topeng dan pemotong simen di wilayah Oise, yang mereka percaya adalah milik gengnya.

Senjata turut dirampas dalam serbuan pada malam kelmarin di bandar Creil yang berlaku tanpa insiden, menurut sumber itu. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIBERKAS: Gambar daripada laman web INTERPOL menunjukka­n Faid yang diburu oleh polis selepas meloloskan diri dengan menggunaka­n helikopter pada 1 Julai lalu dari penjara di Reau, 50 kilometer ke tenggara Perancis.
— Gambar AFP DIBERKAS: Gambar daripada laman web INTERPOL menunjukka­n Faid yang diburu oleh polis selepas meloloskan diri dengan menggunaka­n helikopter pada 1 Julai lalu dari penjara di Reau, 50 kilometer ke tenggara Perancis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia