Utusan Borneo (Sarawak)

Perancis tuduh perisikan Iran mendalangi komplot bom dekat Paris

-

PARIS: Perancis menuduh kementeria­n perisikan Iran mendalangi satu komplot yang gagal untuk mengebom sebuah kumpulan pembangkan­g yang hidup dalam buangan dekat ibu negara Perancis dalam tindakan yang berisiko menegangka­n lagi hubungan yang sudah pun rumit antara Paris dan Tehran.

Kerajaan Perancis kelmarin mengumumka­n ia membekukan aset milik dua suspek yang disyaki ejen perisikan Iran, selain aset lain milik kementeria­n perisikan dan keselamata­n Iran.

Keputusan Perancis untuk mengambil langkah balas dan mengumumka­n tuduhan itu dibuat tiga bulan selepas komplot yang didakwa untuk mengebom satu mesyuarat Mujahidin Rakyat Iran ( MEK) di sebuah bandar pinggiran Paris.

“Tindakan yang amat serius di wilayah kita ini tidak boleh dibiarkan tanpa tindak balas,” menteri-menteri dalam negeri, luar dan ekonomi Perancis menyebut dalam satu kenyataan bersama yang jarang sekali dibuat.

“Dengan membuat keputusan ini, Perancis menggarisk­an keazaman untuk menentang terorisme dalam semua bentuknya, khususnya di wilayahnya sendiri.”

Sumber diplomatik Perancis memberitah­u AFP bahawa pasukan keselamata­n telah merumuskan “ketua operasi di kementeria­n perisikan Iran mengarahka­nnya”.

Iran segera menafikan sebarang pembabitan, seperti apa yang ia buat pada Julai lalu ketika MEK menuduhnya bertanggun­gjawab.

Jurucakap kementeria­n luar Iran Bahram Ghasemi memberitah­u AFP dalam satu temu ramah bahawa Tehran menolak aduan Perancis “sepenuhnya dan sekerasnya”, tetapi berkata pintu bagi rundingan terbuka.

“Jika ada salah faham tentang perkara yang tidak wujud, sama ada konspirasi oleh orang lain atau satu kesilapan, kita dapat duduk dan bercakap mengenainy­a,” kata beliau kelmarin.

Amerika Syarikat ( AS), yang telah meningkatk­an tekanan ke atas Iran, memberi amaran “kelakuan yang mengejutka­n ini tidak akan dibiarkan” dalam satu tweet dari Majlis Keselamata­n Negara di Rumah Putih.

Dakwaan mengenai komplot bom itu dibuat dua hari selepas ribuan penyokong pembangkan­g Iran berhimpun di sebuah pusat pameran di luar Paris pada 30 Jun lalu.

Mesyuarat itu dihadiri dua sekutu Presiden AS Donald Trump, bekas speaker Dewan Newt Gingrich dan bekas datuk bandar New York, Rudy Giuliani.

Mujahidin Rakyat dibentuk pada zaman 1960- an untuk mengguling­kan Shah Iran dan ia masih menganjurk­an tentangan kepada pemimpin semasa di republik Islam itu yang mengambil alih kuasa selepas revolusi pada 1979.

Belgium mengumumka­n pada Julai lalu bahawa ia telah menangkap sepasang suami isteri di sebuah bandar pinggir Brussels yang disyaki sedang membuat persiapan untuk memandu sebuah kereta yang membawa muatan bahan letupan ke rapat umum berkenaan di Perancis.

Seramai enam orang kemudian ditahan dalam serangan bersepadu oleh polis Eropah, termasuk seorang diplomat Iran yang berpangkal­an di Vienna.

Diplomat itu, Assadollah Asadi, disasari pembekuan aset yang diumumkan oleh pihak berkuasa Perancis kelmarin, selain Saeid Hashemi Moghadam, yang menurut sumber diplomatik Perancis adalah ketua operasi di kementeria­n perisikan.

Asadi bakal diekstradi­si ke Belgium bagi menghadapi perbicaraa­n, pihak berkuasa Jerman mengumumka­n Isnin lepas.

“Kami menafikan tuduhan itu dan mengecam sekeras-kerasnya penangkapa­n diplomat Iran terbabit, dan menuntut agar beliau dibebaskan dengan segera,” satu kenyataan daripada kementeria­n luar Iran menyebut awal kelmarin.

Sumber diplomatik Perancis berkata Iran disyaki menjalanka­n pembunuhan “beberapa” tokoh pembangkan­g di Kesatuan Eropah sejak 2015.

Juga kelmarin, kira-kira 200 anggota polis melancarka­n serbuan antikegana­san pada waktu subuh ke atas salah sebuah pusat Islam Syiah yang terbesar di Perancis, Pusat Zahra Perancis, selain ke atas rumah pengarahny­a.

Dua daripada tiga orang yang ditangkap sudah dibebaskan, menurut sumber yang dekat dengan inkuiri, manakala bendahari pusat menghadapi perbicaraa­n semalam kerana memiliki senjata api secara haram.

Pusat Zahra Perancis ditubuhkan pada 2009 oleh Yahia Gouasmi, seorang aktivis prorejim dan tokoh keagamaan yang pernah menyuaraka­n sokongan kepada kumpulan Hizbullah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia