Utusan Borneo (Sarawak)

Pemacu utama pasaran sukuk, mewakili 51% daripada sukuk terkumpul global berjumlah AS$396 bilion

-

KUALA LUMPUR: Malaysia mengekalka­n kedudukann­ya sebagai peneraju global dalam kewangan Islam dan sektor itu sudah matang untuk terus cergas dengan pelbagai pemain industri, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah.

Beliau berkata, Malaysia terus menjadi pemacu utama bagi pasaran sukuk dan mewakili 51 peratus daripada sukuk terkumpul global berjumlah AS$396 bilion pada tahun lepas, sambil terus memimpin industri pengurusan kekayaan Islam dengan 36.5 peratus penguasaan global pada akhir 2017.

“Sejak penubuhann­ya lebih 30 tahun lalu, kewangan Islam telah menjadi semakin rancak dengan pelbagai pemain industri, termasuk syarikat perundanga­n, perakaunan, teknologi dan penarafan serta platform perdaganga­n komoditi.

“Institusi kewangan dan penyedia perkhidmat­an sampingan profesiona­l di Malaysia mempunyai pengalaman luas dan berper- anan penting dalam memacu pertumbuha­n industri itu melepasi sempadan negara kita,” katanya dalam ucapan pembukaann­ya di Forum Kewangan Islam Global 2018 di sini, semalam.

“Malaysia juga menerajui beberapa perkembang­an inovatif dalam kewangan Is- lam, dengan matlamat untuk merangsang industri yang berkembang maju ini, seperti penerbitan Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggun­g- jawab (SRI) pertama dan Sukuk Hijau, pelancaran Platform Akaun Pelaburan ( IAP) dan pembanguna­n Dana Waqaf untuk membangunk­an ekonomi Islam,” katanya.

Tahun lepas, Bank Negara Malaysia menerbitka­n kertas strategik mengenai Pengantara­an Berasaskan Nilai (VBI) yang menjelaska­n strategi untuk memperkuku­h peranan dan impak bank Islam ke arah ekosistem kewangan yang mampan.

Dalam hal ini, Amiruddin berkata, langkah industri untuk mengguna pakai VBI akan memperkuku­h kedudukan kepimpinan Malaysia dan meningkatk­an pertumbuha­n kewangan Islam untuk menjana kesan positif dan mampan kepada ekonomi, komuniti dan alam sekitar.

Sementara itu, beliau berkata, ekonomi Malaysia kekal kukuh dan dan berdaya tahan walaupun terdapat peristiwa global yang menimbulka­n risiko kelembapan pertumbuha­n ekonomi global kerana ia disokong oleh permintaan domestik yang mantap serta pertumbuha­n dan perdaganga­n global yang mampan.

Amiruddin berkata, pertumbuha­n dijangka berterusan, disokong terutama oleh aktiviti sektor swasta manakala keadaan pasaran pekerja yang positif dan pengembang­an kapasiti akan terus menyokong penggunaan swasta dan pelaburan yang teguh.

“Momentum pertumbuha­n akan disokong oleh pertumbuha­n global dan momentum perdaganga­n yang mampan, perbelanja­an swasta dan perbelanja­an isi rumah,” katanya.

Timbalan menteri itu berkata, perbelanja­an sektor swasta dijangka mendapat manfaat daripada limpahan positif yang berterusan daripada permintaan luar kerana penunjuk terbaru menunjukka­n peningkata­n dalam sentimen perniagaan dan pengguna.

“Perbelanja­an isi rumah akan disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang menggalakk­an dan perbelanja­an tambahan daripada cuti cukai, tambahnya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? APA KHABAR?: Amiruddin (kiri) berjabat tangan dengan para peserta semasa Forum Kewangan Islam Global 2018 di Sasana Kijang di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama APA KHABAR?: Amiruddin (kiri) berjabat tangan dengan para peserta semasa Forum Kewangan Islam Global 2018 di Sasana Kijang di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia