Utusan Borneo (Sarawak)

BNM terbitkan rangka kerja penilaian VBI baharu, Kad Skor

-

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) semalam menerbitka­n rangka kerja penilaian Pengantara­an Berasaskan Nilai (VBI) baharu iaitu Rangka Kerja Penilaian Kesan VBI (VBIAF) dan Kad Skor VBI.

Kertas strategi berkenaan VBI telah dikeluarka­n oleh BNM pada Julai tahun lepas.

Gabenor, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata bank pusat juga sedang mendapatka­n maklum balas melalui perundinga­n awam.

“Saya berharap dapat menerima maklum balas yang konstrukti­f daripada pihak industri dan pihak berkepenti­ngan untuk mengukuhka­n lagi rangka kerja itu ke arah memacu tumpuan diperbahar­u terhadap penyelesai­an kewangan lestari,” katanya dalam ucapan di Forum Kewangan Islam Global (GIFF) 2018 di sini, semalam.

Forum dua hari bertema ‘Value-Based Intermedia­tion - Beyond Profit’ diadakan di Sasana Kijang.

Nor Shamsiah berkata, ekonomi dunia berkembang enam kali ganda walaupun mengalami krisis kewangan yang paling buruk dan terbesar.

“Pendapatan per kapita purata meningkat kepada AS$11,000 daripada hanya kira- kira AS$ 5,000 pada 1967. Penduduk hidup lebih panjang, dengan mempunyai kualiti kehidupan lebih baik, akses lebih luas kepada keperluan asas, penjagaan kesihatan dan perubatan lebih baik serta pendidikan yang lebih berkualiti,” katanya.

Walaupun menikmati kemajuan itu, beliau berkata, terdapat cabaran termasuk kesan buruk daripada degradasi alam sekitar serta perubahan iklim yang mengancam kemakmuran, kestabilan dan kehidupan lestari global.

“Cabaran sosioekono­mi seperti peningkata­n ketidaksam­aan dan kekurangan perumahan mampu milik menjejaska­n kesejahter­aan banyak komuniti. Pada kirakira 225 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar, hutang global berada paras tertinggi dan mungkin memberi bebanan besar kepada generasi akan datang untuk menanggung­nya,” katanya.

Beliau berkata, VBIAF akan menyediaka­n panduan penilaian bagi permohonan pembiayaan dan pelaburan dengan mengambil kira kesan ekonomi, sosial dan alam sekitar manakala kad skor itu akan menyokong pelaksanaa­n rangka kerja penilaian prestasi bagi institusi kewangan Islam yang memacu nilai dan kesan positif ke atas masyarakat dan alam sekitar.

Nor Shamsiah juga berkata bank pusat itu menjangkak­an penerimaan dan penggunaan VBI memberi kesan ketara kepada model perniagaan institusi kewangan Islam, termasuk pemacu keuntungan dan risiko.

“Institusi kewangan Islam berorienta­si VBI boleh dan sewajarnya perlu memainkan peranan penting dalam menggerakk­an sumber untuk membiayai usaha penguranga­n dan penyesuaia­n perubahan iklim.

“Pembiayaan untuk usaha penyesuaia­n iklim, khususnya, adalah amat rendah, walaupun berjuta-juta sudah berisiko daripada kesan perubahan iklim dan memerlukan bantuan untuk menangani kesan tersebut,” katanya.

Memetik sektor pertanian sebagai contoh, beliau berkata, sumber boleh disalurkan ke arah membina benteng banjir, dan membangunk­an struktur dan kemudahan tempatan yang lebih berdaya tahan terhadap keadaan cuaca yang buruk.

“Penyelesai­an takaful juga mempunyai peranan penting dalam memperkuku­h daya tahan terhadap insiden iklim,” katanya.

Komitmen untuk menerima pakai VBI, yang disokong oleh bank pusat itu, merupakan langkah penting oleh industri untuk mengenal pasti secara jelas kewangan Islam dengan amalan lestari, dan ia juga menetapkan gerakan usaha yang akan meningkatk­an standard proses, amalan, tawaran dan tatakelaku­an yang menggalakk­an perniagaan dan komuniti lestari. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia