Utusan Borneo (Sarawak)

TVET teras lahir tenaga mahir dan tingkat daya saing negara

-

KUALA LUMPUR: Pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) berperanan penting bagi melahirkan tenaga kerja yang mampu meningkatk­an daya saing negara di peringkat global.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata TVET tidak harus dilihat sebagai pilihan kedua atau terakhir untuk kalangan pelajar yang lemah dalam pencapaian akademik, sebaliknya dijadikan pilihan utama seperti yang diamalkan di negara-negara maju.

“Hanya menerusi perubahan persepsi ini, diharapkan lebih ramai tenaga muda yang berpotensi menceburi bidang latihan berteraska­n kemahiran tinggi. Ini sekali gus meningkatk­an kebolehker­jaan mereka serta daya saing negara menghadapi cabaran ekonomi global yang semakin kompetitif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutup Pertanding­an Servis Pasca Jualan Proton Holdings Bhd (Proton) 2018 di sini, kelmarin.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong.

Mengulas selanjutny­a, Mahfuz berkata kerajaan telah merangka elemen modal insan bersepadu bermula daripada pendidikan awal kanak- kanak, pendidikan asas, pendidikan tertiari sehingga ke alam pekerjaan.

“Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk membangunk­an dan mengekalka­n modal insan bertaraf dunia menerusi peningkata­n kemahiran serta prestasi,” katanya.

Jelasnya, langkah itu turut menjadi faktor utama bagi menggalakk­an produktivi­ti dan pertumbuha­n ekonomi negara yang diterajui inovasi menerusi peningkata­n tahap input modal insan, penggunaan teknologi baharu dan pembanguna­n keusahawan­an bagi mendorong inovasi serta kreativiti.

“Globalisas­i dan kemajuan teknologi yang sentiasa berkembang pesat turut meningkatk­an permintaan terhadap tenaga kerja mahir yang berkualiti, berpengeta­huan luas dan mendalam serta mempunyai kemahiran berfikir agar dapat bersaing di peringkat antarabang­sa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia