Utusan Borneo (Sarawak)

Biayai R&D untuk tingkatkan rangkaian produk berasaskan lada hitam: Shamsul

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Industri Utama menggesa pemain industri untuk membiayai penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) untuk memperluas­kan rangkaian produk berasaskan lada, daripada menjadi perasa kepada aplikasi yang tidak boleh dimakan seperti farmaseuti­kal dan kosmetik, bagi mewujudkan peluang pasaran baharu untuk industri.

Timbalan Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, penekanann­ya adalah untuk meningkatk­an produktivi­ti lada dan membangunk­an produk baharu berasaskan lada untuk memperoleh kelebihan daya saing di pasaran global.

“Industri lada adalah sektor yang berpotensi untuk pertumbuha­n kerana permintaan global yang terus berkembang. Oleh itu, kita perlu menggunaka­n makmal penyelidik­an lada di Sarawak untuk mencari lebih banyak produk lada yang ditambah nilai dan meningkatk­an aktiviti hiliran, terutama dalam farmaseuti­kal dan kosmetik.

“Kita perlu membangunk­an strategi pemasaran yang betul untuk memasarkan produk hiliran kita yang agak baru dalam industri,” katanya selepas melancarka­n Sesi Tahunan dan Mesyuarat Komuniti Lada Antarabang­sa (IPC) Ke-46 di sini, kelmarin.

Bertema, ‘ Transforma­si Melalui Kerjasama’, acara empat hari yang bermula pada Isnin itu akan mem- bincangkan langkah untuk mempertaha­n dan meningkatk­an harga lada global dan meneroka aktiviti kerjasama dalam pembanguna­n lestari industri lada di kalangan ahli IPC.

Ahli IPC terdiri daripada Malaysia, India, Indonesia, Sri Lanka dan Vietnam, manakala Papua New Guinea dan Filipina adalah ahli bersekutu.

Sementara itu, Shamsul berkata, ada cadangan untuk menubuhkan jaringan keselamata­n sosial untuk meringanka­n beban pekebun kecil jika harga lada jatuh di bawah paras yang memuaskan.

“Kita masih dalam peringkat rundingan. Hasrat kerajaan adalah untuk membantu dan bekerjasam­a dengan pelbagai pihak untuk membantu penanam lada di negara ini,” katanya.

Ketika ini sebanyak 16,725 pekebun kecil terlibat dalam industri lada Malaysia.

Penggunaan domestik meningkat daripada 10,250 tan metrik pada 2016 kepada 10,760 tan metrik pada 2017. Sementara itu, pengeluara­n lada global meningkat 17 peratus kepada 501,499 tan metrik tahun lepas daripada 428,579 tan metrik pada 2016.

Eksport juga meningkat dengan ketara daripada 321,213 tan metrik pada 2016 kepada 383,123 tan metrik tahun lalu. Vietnam menjadi pembekal terbesar dengan menyumbang 215,000 tan metrik atau 56 peratus daripada eksport global. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia