Utusan Borneo (Sarawak)

Kumulatif fiskal kurang 2.3% daripada KDNK bagi tempoh Jan-Ogos

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan berkemungk­inan besar mencapai sasaran defisit fiskal RM40.3 bilion atau 2.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2018 berikutan kekurangan kumulatif fiskal sebanyak RM32.9 bilion atau 2.3 peratus daripada KDNK bagi tempoh Januari sehingga Ogos lepas.

UOB Global Economics and Markets Research (UOB) menerusi nota penyelidik­an makro prebiu Bajet 2019 berkata kerajaan juga dijangka meneruskan usaha membabitka­n konsolidas­i fiskal dan hutang.

“Sebahagian besar saiz defisit bajet itu akan bergantung kepada kutipan hasil Cukai Jualan dan Perkhidmat­an ( SST), saiz kredit cukai input Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), cukai pendapatan dan pengembali­an cukai perolehan sebenar hartanah, pengewanga­n aset, pendapatan hasil minyak yang lebih tinggi serta tahap potongan dalam perbelanja­an mengurus,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Selain itu, UOB turut menjangkak­an kerajaan akan mengurangk­an peruntukan mengurus dan pembanguna­n berikutan kutipan hasil yang rendah.

Ia juga mengunjurk­an asas sasaran defisit fiskal itu adalah 3.0 peratus daripada KDNK pada 2019.

“Ini berdasarka­n pertumbuha­n KDNK benar sebanyak 4.8 peratus pada 2018-2019. Pendekatan bagi penyusunan semula jumlah hutang kerajaan dan mengurangk­an saiz liabiliti luar jangka juga adalah positif untuk ringgit,” katanya.

Malah, pelaksanaa­n sistem Bajet Asas- Sifar di semua kementeria­n dan kerajaan juga dilihat berupaya membantu penjimatan hasil sehingga RM20 bilion atau 9.0 peratus daripada jumlah hasil.

Menyentuh tumpuan bajet tahun depan, UOB berkata ini berkemungk­inan merangkumi aspek perumahan mampu milik, automotif, pengangkut­an, pelanconga­n, e-dagang serta sumber tenaga boleh diperbahar­ui.

Kerajaan juga, katanya, berkemungk­inan besar tidak akan mengurangk­an kadar cukai memandangk­an faktor hutang RM1 trilion serta kutipan hasil SST yang lebih rendah.

“Kerajaan sebaliknya akan mendapatka­n sumber baharu seperti cukai ekonomi digital dan cukai soda manakala tiada pelarasan membabitka­n cukai korporat dan individu,” katanya.

Selain itu, bantuan kewangan dan subsidi bahan api juga dijangka akan disemak semula dalam usaha memastikan­nya lebih menepati golongan yang disasarkan.

Mengulas konsep Malaysia Incorporat­ed atau Malaysia Diperbadan­kan, UOB berkata syarikat-syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dijangka mengurangk­an pegangan ekuiti mereka ketika kerajaan melupuskan beberapa asetnya, terutama projek berkaitan 1Malaysia Developmen­t Bhd selain menswastak­an beberapa agensinya.

“Kerajaan juga dijangka memberi tumpuan terhadap sektor pelanconga­n dalam tempoh dua tahun berikutnya bagi mengekalka­n pertumbuha­n ekonomi serta berkemungk­inan mewujudkan semula dana pelanconga­n khas,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ZAKAT: Halidan (lima, kanan) bersalam ketika menerima replika cek zakat daripada Azhar (enam, kiri) pada majlis penyerahan zakat perniagaan, semalam. PUNB memperuntu­kkan RM1.877 juta bagi tujuan pembayaran zakat perniagaan sepanjang tahun ini.
— Gambar Bernama ZAKAT: Halidan (lima, kanan) bersalam ketika menerima replika cek zakat daripada Azhar (enam, kiri) pada majlis penyerahan zakat perniagaan, semalam. PUNB memperuntu­kkan RM1.877 juta bagi tujuan pembayaran zakat perniagaan sepanjang tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia