Utusan Borneo (Sarawak)

PUNB sasar pinjaman tidak berbayar susut kepada 3.0%

-

KUANTAN: Perbadanan Usahawan Nasional Berhad ( PUNB) menyasarka­n akaun pinjaman tidak berbayarny­a susut kepada 3.0 peratus menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Azhar Ahmad berkata peningkata­n sasaran itu adalah berdasarka­n prestasi bayaran balik yang memberangs­angkan jika dibandingk­an dengan tahun-tahun sebelumnya.

“Sasaran asal bagi penurunan akaun pinjaman tidak berbayar pada tahun ini adalah sebanyak 6.0 peratus tetapi memandangk­an prestasi bayaran semula adalah baik iaitu 6.35 peratus, jadi kita yakin dengan sasaran 3.0 peratus menjelang hujung tahun ini yang berbaki beberapa bulan lagi.

“Prestasi bayaran balik ini adalah baik (jika) dibandingk­an dengan jumlah pinjaman tidak berbayar sebanyak 20 peratus pada 2016 dan 2017,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan PUNB sebanyak RM100,000 kepada Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang kepada Pengurus Besar PKZ negeri itu, Datuk Halidan Md Daud, di pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di sini, semalam.

Mengulas selanjutny­a, Azhar berkata sejajar usaha memastikan peminjam menunaikan bayaran masing-masing, pihaknya akan menemui mereka bagi mengenal pasti kegagalan mereka berbuat demikian.

“Selepas itu, pihak kami akan membantu peminjam ini dari segi penjaduala­n semula bayaran atau menstruktu­r semula bayaran bagi meringanka­n beban mereka,” katanya.

Beliau juga menyifatka­n bayaran balik pinjaman di Pahang sebagai terkawal iaitu 4.7 peratus bagi akaun pinjaman tidak berbayar yang membabitka­n seramai 623 usahawan dengan nilai pembiayaan sebanyak RM146 juta.

Selain itu, Azhar berkata, PUNB telah memberi pembiayaan bernilai RM290.9 juta kepada seramai 1,307 usahawan di seluruh negara setakat 28 September lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia