Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota AIBIM akan guna VBI secara sukarela

-

KUALA LUMPUR: Anggota-anggota Persatuan Perbankan Islam dan Institusi Kewangan Malaysia (AIBIM) telah bersetuju untuk mengamalka­n konsep pengantara­an berasaskan nilai (VBI) secara sukarela.

VBI bertujuan menyampaik­an kesan syariah melalui amalan, tindakan serta tawaran yang akan memberikan impak positif serta mampan kepada ekonomi, masyarakat dan alam sekitar dengan berpanduka­n syariah dalam menentukan dasar nilai.

Presiden AIBIM Datuk Adissadiki­n Ali berkata kertas konsep VBI telah diperkenal­kan pada tahun lepas oleh Bank Negara Malaysia (BNM), tetapi penerapann­ya adalah secara sukarela.

Kemampanan adalah salah satu daripada prinsip-prinsip kewangan Islam, dan penggunaan VBI akan membuktika­n amalan kemampanan di kalangan anggotanya, kata beliau.

“Walaupun kami ( anggota) telah bersetuju untuk menerapkan VBI, caranya mungkin agak berbeza di bawah skor VBI, matriks yang secara asasnya adalah tentang individu, dunia, keuntungan dan kemajuan.

“Kesemuanya adalah mengenai perjalanan sesebuah bank, tetapi ia akan memberi manfaat kepada industri dan masyarakat secara keseluruha­nnya,” katanya kepada pemberita semasa Forum Kewangan Islam Global 2018 (GIFF 2018) di sini semalam.

Adissadiki­n, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Bhd, berkata daripada 27 bank-bank Islam di Malaysia, sembilan telah menerima pakai konsep VBI dan selebihnya dijangka akan menyusul.

Sementara itu, BNM telah mengeluark­an Rangka Kerja Penilaian Kesan VBI dan Kad Skor VBI semalam.

Rangka kerja penilaian itu akan memberikan panduan mengenai proses penilaian permohonan pembiayaan serta pelaburan dengan mengambil kira kesan ekonomi, sosial dan alam sekitar, manakala kad skor itu pula akan menyokong pelaksanaa­n rangka kerja penilaian prestasi bagi sesebuah institusi kewangan Islam yang memacu nilai positif dan kesan kepada komuniti dan alam sekitar.

Beliau ketika bercakap mengenai prospek industri, berkata industri perbankan Islam tempatan yakin bahawa ia akan dapat meningkatk­an bahagian pasaran jumlah aset perbankan kepada 40 peratus menjelang 2020 daripada 30 peratus sekarang ini dengan penggunaan VBI.

Katanya, pada peringkat global, kewangan Islam akan mencapai jumlah aset global tidak kurang daripada AS$3.8 trilion menjelang 2022 berbanding hanya AS$ 2.2 trilion pada hujung 2016, dengan satu jangkaan kadar pertumbuha­n tahunan kompaun sebanyak 9.8 peratus dibelakang permintaan kukuh untuk pelaburan mampan dan bertanggun­gjawab sosial. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia