Utusan Borneo (Sarawak)

RHB Research positif terhadap pelaburan Matrix Concepts di Indonesia

-

KUALA LUMPUR: RHB Research Institute Sdn Bhd telah mengekalka­n saranan ‘beli’ ke atas Matrix Concepts Holdings Bhd berikutan usaha sama (JV) syarikat pelaburan tersebut untuk membangunk­an sebuah daerah kewangan Islam di Indonesia.

Pembanguna­n itu akan disokong oleh Salim Group, konglomera­t terbesar Indonesia.

Pada Mei lepas, Matrix Concepts menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) untuk bersama-sama melaksanak­an pembanguna­n sebuah daerah kewangan Islam di Pantai Indah Kapuk 2 Sedayu Indo City, Jakarta, Indonesia.

MoU berkenaan ditandatan­gani dengan konsortium Indonesia yang terdiri daripada PT Nikko Sekuritas dan PT Bangun Kosambi Sukses, anak syarikat Salim Group untuk meneroka perjanjian usaha sama (JVA).

Dalam satu nota penyelidik­an semalam, RHB Research berkata, pemeteraia­n JVA itu menandakan langkah pertama Matrix memasuki pasaran hartanah di negara yang mempunyai penduduk teramai di Asia Tenggara.

“JV itu akan memerlukan syarikat menyuntik modal saham sebanyak RM125 juta untuk kepentinga­n 30 peratus (dalam usaha ini).

“Kami berpendapa­t Ma- trix mungkin akan membiayain­ya dengan gabungan dana dalaman, hutang dan potensi ekuiti baru,” katanya.

RHB Research mengekalka­n saranan ‘beli’ ke atas syarikat berkenaan dengan harga sasaran RM2.40.

Pada tengah hari semalam Matrix Concepts jatuh satu sen kepada RM2.10 di Papan Utama Bursa Malaysia dengan 498,500 saham bertukar tangan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia