Utusan Borneo (Sarawak)

Pengangkut­an udara global pacu aktiviti ekonomi bernilai AS$2.7 trilion

-

KUALA LUMPUR: Sektor pengangkut­an udara global terbukti memacu sebanyak 65.5 juta pekerjaan dan aktiviti ekonomi dunia bernilai AS$2.7 trilion (AS$1 = RM4.14), demikian menurut laporan ‘Aviation: Benefits Beyond Borders’ (Penerbanga­n: Manfaat Melangkaui Sempadan) oleh Kumpulan Tindakan Pengangkut­an Udara (ATAG).

Pengarah Eksekutifn­ya, Michael Gill berkata kemajuan dalam sektor pengangkut­an udara turut mengubah cara kesalinghu­bungan orang ramai dan perniagaan manakala lebih ramai pengguna yang memanfaatk­an perjalanan selamat, pantas dan berkesan.

“Lebih 10 juta wanita dan lelaki berkhidmat dalam industri ini bagi memastikan 120,000 penerbanga­n serta 12 juta penumpang dapat menempuhi perjalanan yang selamat dan lancar setiap hari,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Gill berkata rantaian penawaran yang lebih banyak, impak aliran masuk serta pekerjaan dalam sektor pelanconga­n turut didorong oleh pengangkut­an udara yang menyaksika­n sekurang- kurangnya 65.5 juta pekerjaan dan 3.6 peratus aktiviti global dipacu oleh industri tersebut.

Laporan ATAG itu turut meninjau dua senario masa depan membabitka­n pertumbuha­n aliran udara dan pekerjaan berkaitan serta manfaat ekonomi pada masa depan.

Menerusi pendekatan dan perdaganga­n secara terbuka, laporan itu merumuskan bahawa pertumbuha­n pengangkut­an udara akan memacu kira-kira 97.8 juta pekerjaan dan aktiviti ekonomi bernilai AS$5.7 trilion pada 2036.

“Bagaimanap­un, jika kerajaan mewujudkan dunia yang berpecah dengan dasar pengasinga­n dan perlindun- gan diri, ini akan membawa kepada penyusutan lebih 12 juta pekerjaan dan ekonomi AS$1.2 trilion dari segi sokongan pengangkut­an udara,” katanya.

Menurut Gill, hanya dengan saling bekerjasam­a, mempelajar­i budaya asing dan berdagang secara terbuka, akan dapat mewujudkan unjuran ekonomi lebih kukuh, memastikan persekitar­an lebih aman dan mengekalka­n interaksi global.

ATAG merupakan pakatan sekumpulan pakar industri penerbanga­n yang bertumpu kepada aspek pembanguna­n mapan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia