Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada pertanding­an bagi jawatan utama PBS Labuan

-

LABUAN: Ketua Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Labuan dan ketua Wanita serta ketua Pemudanya mengekalka­n jawatan masing-masing pada mesyuarat agung tahunan (AGM) bahagian itu yang diadakan pada Ahad lepas.

Ini susulan keputusan sebulat suara dibuat oleh anggotanya bagi tiga jawatan itu dikekalkan oleh penyandang untuk mengelak sebarang perpecahan di bahagian itu.

Mereka ialah Ketua bahagian Datuk Peter Mak, Ketua Wanita Datin Herin Lumpisau@Nur Hezrina dan Ketua Pemuda Sheiron Chang, yang dilihat sebagai gabungan terbaik untuk terus menerajui parti itu di dalam situasi politik semasa.

“Mungkin akan berlaku perpecahan (dalam kalangan anggota parti) jika ada pertanding­an. Oleh itu, adalah lebih baik untuk kami mendengar dan mengikut kehendak akar umbi yang tidak mahu ada pertanding­an bagi jawatan utama,” kata Peter Mak.

Beliau berkata bahagian itu akan berusaha memastikan parti kekal kuat dan perjuangan­nya kekal relevan.

Barisan kepimpinan PBS Bahagian Labuan terdiri daripada Peter Mak (ketua), Edward Harley Lajanty, ( timbalan ketua), Gemie Bahadar Singh (naib ketua), Clement Tiansun (naib ketua) dan Spencer Panjangou (setiausaha).

Anggota jawatankua­sa ialah Saji Noto, Suntim Ulin, Michael Beninus, Jupirin Ambului and Harrody Doward Mak.

Bagi sayap Wanita, Herin akan dibantu timbalanny­a Mariam Sawal dan dua naib ketua iaitu Alecia Rita Rajatin dan Sitti Tahir.

Anggota jawatankua­sa sayap Wanita ialah Nismah Nordin, Siti Aimah Matali, Juana Kamayon, Jewilah Lusian dan Samsia Salim.

Barisan kepimpinan Pemuda PBS Labuan terdiri daripada Sheiron (ketua), Keneddy Kijok (timbalan), Francis Anak (naib 1), Kilat Paulus (naib 2), manakala anggota jawatankua­sa ialah Bonaventur­e Sebastian, Danny Ugai, Rujin Ambuli, Frandango@Joy dan Endura Vellr Tain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia