Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawan muda Tawau berani mencuba: Ma’mun

-

TAWAU: Sikap berani mencuba dan berperanan dalam bidang perniagaan yang ditunjukka­n oleh usahawan muda di daerah ini mendapat pujian daripada Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman.

Menurutnya, mereka sentiasa rajin berusaha mendapatka­n ilmu untuk penambahba­ikan demi mencipta produk yang berkualiti dan mengembang­kan lagi perniagaan mereka.

“Saya amat berbangga kerana banyak produk yang kita gunakan seharian yang jika diteliti sebenarnya diusahakan oleh anak jati daerah ini.

“Ini merupakan perkembang­an yang baik kerana mereka berusaha untuk meningkatk­an potensi diri, membantu keluarga dan seterusnya mengharumk­an nama daerah dengan mengeluark­an produk yang memberi manfaat kepada masyarakat.

“Banyak kursus yang dianjurkan oleh agensi kerajaan yang boleh mereka sertai bagi memantapka­n lagi pengurusan perniagaan mereka bukan sahaja untuk pasaran tempatan tetapi juga ke negara luar,” katanya.

Ma’mun ditemui selepas merasmikan produk baharu Parcha Fiberdrink keluaran Beautyspel­ls Solutions yang diusahakan oleh anak jati Tawau, Norsidayat­i Mustari, di sini.

Mengulas mengenai makanan tambahan, Ma’mun berkata kesihatan adalah segala-galanya kerana kesihatan yang baik pasti mempengaru­hi kualiti kerja seseorang individu.

“Saya menggalakk­an masyarakat untuk bersenam dan bersukan di samping pengambila­n produk detoksifik­asi yang sememangny­a membantu meningkatk­an taraf kesihatan dengan menyingkir­kan kolesterol dan lemak yang tidak baik di badan.

“Namun begitu, kita juga perlu berhati- hati kerana terdapat golongan pengusaha yang mengambil kesempatan dalam permintaan terhadap produk-produk kesihatan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna.

“Ada pengusaha yang mahu mengambil jalan singkat untuk mencari keuntungan tanpa mengambil kira proses pembuatan yang menetapi syarat,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia