Utusan Borneo (Sarawak)

Kajian akan dijalan bantu tangani isu kanak-kanak tiada kewarganeg­araan

-

KOTA KINABALU: Satu kajian dijalankan oleh kumpulan dari negara yang mewakili Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam menangani isu kanak-kanak tiada kewarganeg­araan di negeri ini.

Wakil Tabung KanakKanak PBB (UNICEF) ke Malaysia Marianne Clark Hattingh berkata, kajian berkenaan bagi mendalami dengan lebih terperinci masalah membabitka­n golongan yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Pihaknya menerusi Program Pembanguna­n PBB (UNDP) menjangkak­an kajian yang dijalankan itu akan siap pada suku kedua tahun hadapan.

“Dengan adanya kajian ini, lebih banyak cadangan polisi dapat dihasilkan selain mewujudkan platform dalam mencari penyelesai­an terhadap isu ini.

“UNICEF bersama kumpulan dari negara yang mewakili PBB menyediaka­n tajaan bagi memastikan kajian ini mampu memperoleh hasil yang diharapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal, di sini pada Selasa.

Marianne berkata, hasil yang diperoleh daripada kajian itu nanti akan disampaika­n kepada Shafie dan kementeria­n yang berkaitan untuk tindakan lanjut oleh kerajaan negeri.

Beliau berkata, UNICEF turut bekerjasam­a dengan Institut Pembanguna­n Kajian (IDS) Negeri Sabah.

Selain itu katanya, kajian membabitka­n kanak-kanak miskin tegar melibatkan kawasan Kota Kinabalu dan Sandakan turut dilaksanak­an sebagai pelengkap kepada kajian berkenaan.

Sebelum ini, pihaknya sudah menjalanka­n kajian berhubung kanak-kanak miskin tegar di kawasan Kuala Lumpur.

Dalam kunjungan itu juga, Marianne turut menyentuh mengenai isu perkahwina­n kanak-kanak dan menyokong kajian terperinci perlu diadakan dalam menangani isu itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia