Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan akan selesaikan masalah penduduk

-

SANDAKAN: Kebimbanga­n penghuni Taman Indah Jaya Batu 4 berhubung masalah runtuhan lereng bukit berulang akan diselesaik­an oleh pihak kerajaan dalam tempoh hujung tahun ini.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan George Hiew berkata satu perjumpaan telah diadakan dengan penghuni yang terlibat bersama beberapa agensi kerajaan berkaitan.

“Agensi berkenaan ialah Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Perhutanan Sabah serta Jabatan Tanah dan Ukur,” katanya semasa membuat lawatan ke Taman Indah Jaya di tepi lereng bukit itu, pagi Selasa.

Turut bersama dalam lawatan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Elopura Calvin Chong Ket Kiun dan Presiden MPS Datuk Peter Hii Chang Lik.

Beliau mahu semua agensi terlibat bekerjasam­a menyelesai­kan masalah penghuni taman itu yang mereka hadapi sekian lama.

“Keputusan dibuat hari ini di mana pihak MPS akan bersihkan parit sepanjang lereng bukit itu,” katanya.

George berkata MPS juga akan membuat surat kuasa kepada JKR untuk meminta kebenaran kepada Jabatan Perhutanan Sabah bagi melaksanak­an projek membuat benteng di lereng bukit bagi mengelakka­n runtuhan.

“JKR akan mengemukak­an permohonan kepada kerajaan untuk mendapatka­n peruntukan pelaksanaa­n projek itu.

“Ini reaksi saya semasa YB Calvin membawa permasalah­an ini di Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana perjumpaan hari ini (kelmarin) kita jalankan dan kita ambil keputusan untuk selesaikan,” katanya.

Beliau berkata sekiranya permohonan itu diluluskan pihaknya meminta agar tender terbuka dibuat untuk pelaksanaa­n pembinaan benteng di lereng bukit itu.

“Saya menjangkak­an projek itu akan dilaksanak­an selewatlew­atnya hujung tahun ini,” katanya.

George percaya kerajaan hari ini akan mengambil perhatian yang serius demi kepentinga­n penghuni yang telah dibelenggu kebimbanga­n tentang keselamata­n mereka sekian lama.

 ??  ?? BINCANG: George (kanan) berkata sesuatu dengan Peter Hii, Calvin serta pegawai kerajaan.
BINCANG: George (kanan) berkata sesuatu dengan Peter Hii, Calvin serta pegawai kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia