Utusan Borneo (Sarawak)

Bank Darah HUS diminta menyediaka­n maklumat lengkap penderma darah

-

KUCHING: Persatuan Bulan Sabit Merah ( PBSM) Daerah Kuching meminta kerjasama daripada Bank Darah Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menyediaka­n maklumat lengkap mengenai penderma darah di Sarawak kepada mereka.

Pengerusi PBSM Daerah Kuching Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen berkata, ia bagi memudahkan pihaknya mengemas kini data selain memberi penghargaa­n kepada penderma terbabit.

“Kami sebelum ini pernah memohon kepada Bank Darah HUS untuk mendapatka­n maklumat tersebut tetapi mereka enggan memberikan dan memaklumka­n kepada kami bahawa ia adalah maklumat sulit.

“Ini amat mengecewak­an kerana apa yang kami mahu hanyalah maklumat lengkap mengenai penderma darah di negeri ini yang telah banyak membantu menyelamat­kan nyawa orang lain,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Untuk makluman katanya, PBSM juga menyimpan maklumat penderma dalam sistemnya dan hanya dapat diakses oleh pegawai bertugas sahaja.

“Kami setakat ini mempunyai 73,000 penderma darah yang aktif dan kami memerlukan maklumat penderma lain yang ada di Bank Darah HUS bagi melengkapk­an rekod dalam sistem ini.

“Justeru, kami mohon agar pihak terbabit memberi kerjasama sepenuhnya supaya tiada penderma yang ketinggala­n dalam hal ini,” katanya.

Abang Abdul Rauf dalam pada itu memaklumka­n bahawa Sarawak memenangi lima anugerah sempena Kempen Derma Darah Seluruh Negara bagi tahun 2017, dengan majlis penyampaia­n anugerah diadakan di Kota Kinabalu pada September lalu.

“Lima anugerah yang dimenangi ialah kategori negeri untuk kutipan darah terbanyak dengan Sarawak mencatat 38,642 pain darah, kategori daerah (kutipan darah terbanyak) dimenangi PBSM Daerah Kuching (22,332 pain darah), kategori swasta dimenangi The Federation of Kuching and Samarahan Division Chinese Associatio­n (2,847 pain darah).

“Manakala kategori individu ( penderma darah terbanyak) dimenangi Ismail Ibrahim (137 pain darah) dan kategori khas iaitu negeri terbanyak mengutip penderma darah pada hari pelancaran Kempen Derma Darah Seluruh Negara bagi tahun 2017 bagi tempoh 13 Jun hingga 14 Julai) dirangkul Sarawak dengan catatan 1,410 pain darah,” katanya.

Tahniah kepada semua penerima terbabit dan pihaknya akan terus berusaha untuk mengekalka­n kejayaan itu dari semasa ke semasa dengan matlamat membantu orang lain, tambahnya.

Pada majlis itu, beliau turut memberitah­u bahawa PBSM Daerah Kuching akan mengadakan majlis penghargaa­n kepada penderma darah pada 27 Oktober ini di Crown Towers, Jalan Pending di sini, jam 9 pagi.

 ??  ?? MEMBANGGAK­AN: Abang Abdul Rauf (empat kiri) bersama ahli jawatankua­sa PBSM Daerah Kuching menunjukka­n anugerah yang telah mereka terima sempena Kempen Derma Darah Seluruh Negara bagi tahun 2017 pada sidang media di Kuching, semalam. Turut kelihatan, penderma darah terbanyak, Ismail (tiga kanan).
MEMBANGGAK­AN: Abang Abdul Rauf (empat kiri) bersama ahli jawatankua­sa PBSM Daerah Kuching menunjukka­n anugerah yang telah mereka terima sempena Kempen Derma Darah Seluruh Negara bagi tahun 2017 pada sidang media di Kuching, semalam. Turut kelihatan, penderma darah terbanyak, Ismail (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia