Utusan Borneo (Sarawak)

Tuai rumah sampaikan suara rakyat mahu DUN Dudong diwakili Dayak

-

SIBU: Penduduk rumah panjang di Batu 16, Pasai Bon di sini mahu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong diwakili kaum Dayak pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) akan datang.

Hasratters­ebutdiluah­kanlima tuai rumah di kawasan tersebut pada Program Randau Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang diadakan di Rumah Naga Umping, baru-baru ini.

Tuai Rumah Naga memberitah­u, pendudukny­a akan memberi sokongan padu kepada wakil Dayak atau Iban sekiranya dipilih menjadi calon di kerusi DUN Dudong pada pilihan raya akan datang.

“Ini kerana sudah tiba masanya kerusi DUN Dudong diberikan kepada wakil Dayak mahupun Iban.

“Sudah terlalu lama bangsa lain menjadi wakil di kerusi tersebut,” katanya berucap di hadapan kira-kira 400 hadirin yang hadir pada program tersebut.

“Selain mahukan angin perubahan, dengan adanya wakil Dayak mahupun Iban menjadi wakil rakyat di DUN Dudong juga akan memudahkan masalah serta permohonan kita di rumah panjang disalurkan sekali gus diatasi,” katanya.

Antara tuai rumah yang hadir pada program tersebut ialah Tuai Rumah Buga, Tuai Rumah Anthony, Tuai Rumah Nyung dan Tuai Rumah Undi serta penduduk rumah panjang berdekatan.

Pendapat Tuai Naga turut mendapat sokongan tuai-tuai rumah yang lain.

“Selain kami di sini (Pasai Bon), kami juga mengharapk­an penduduk rumah panjang lain di bawah DUN Dudong dapat menyokong calon Dayak yang akan bertanding di kawasan kita pada PRN12 kelak,” tegasnya.

Sementara itu, Pengerusi PBDS Kawasan Wilayah Tengah Julius Enchana ketika berucap pada program tersebut menyifatka­n penglibata­n politik Dayak di DUN Dudong seperti ‘ayam di dalam reban’.

Ini kerana jelasnya, dalam mana-mana parti politik, bangsa Iban hanya diwujudkan sebagai unit Bumiputera sahaja.

“Dalam unit itu, ramai dalam kalangan kita bergaduh sesama sendiri kerana berebut kuasa.

“Tetapi parti politik yang menubuhkan unit Bumiputera itu hanya memberi jawatan seperti kaunselor, penghulu dan temenggung kepada kaum kita.

“Kenapa kaum kita tidak diberi kedudukan yang lain seperti menjadi calon pada pilihan raya?,” ujarnya.

Beliau mendakwa, masyarakat Iban yang menjadi ahli sesebuah parti politik tidak diberi ‘habuan’ yang setimpal dengan pengorbana­n dan kesetiaan mereka.

“Kita sebenarnya dipergunak­an, ‘habuan’ kecil diberikan kepada kita manakala ‘habuan’ besar orang lain punya.

“Cukup-cukuplah kita di DUN Dudong ini dipergunak­an,” tegasnya.

Julius turut mengajak hadirin yang hadir pada program tersebut mengubah cara politik.

“Kita harus tahu apa yang terjadi dengan landskap politik kita sekarang.

“Di negeri ini, kita mempunyai Gabungan Parti Sarawak (GPS), Pakatan Harapan (PH) dan Sarawak Baharu (SB).

“Kita harus bijak dan memilih parti bangsa sendiri untuk menguatkan parti kita sendiri sekiranya mahu terus maju ke hadapan,” tambahnya.

Selepas program randau itu, tuai-tuai rumah di kawasan Pasai Bon turut menyerahka­n borang keahlian kepada Presiden PBDS Cobbold John Lusoi.

Terdahulu, Cobbold dalam ucapan perasmiann­ya telah mengumumka­n bahawa Julius akan bertanding atas tiket PBDS di kerusi DUN Dudong pada PRN12 yang akan datang.

Hadir sama ialah Pengerusi PBDS Cawangan Selangau Mengga Mikui, Pengerusi PBDS Cawangan Kapit Mejar (B) Moses Ripai dan Timbalan Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) Sai Melaka.

 ??  ?? AHLI BAHARU: Tuai Rumah Naga (kanan) menyerahka­n borang keahlian mewakili pendudukny­a kepada Cobbold. Turut kelihatan Julius (dua kanan), Mengga (tiga kiri), Moses (empat kiri) serta yang lain.
AHLI BAHARU: Tuai Rumah Naga (kanan) menyerahka­n borang keahlian mewakili pendudukny­a kepada Cobbold. Turut kelihatan Julius (dua kanan), Mengga (tiga kiri), Moses (empat kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia