Utusan Borneo (Sarawak)

Sepupu imbau pertemuan terakhir dengan Yahya

Perjumpaan ketika perkahwina­n kakaknya Julai lalu, yang terakhir antara Affendi dan Allahyarha­m

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Tidak disangka perjumpaan ketika majlis perkahwina­n kakaknya pada Julai lalu, adalah yang terakhir antara Affendi Mustafa, 22 dan sepupunya Yahya Ali, 24.

Yahya adalah pegawai bomba yang terkorban dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja lemas di Puchong, Selangor Rabu lalu.

Affendi merupakan salah seorang daripada saudara yang rapat dengan Allahyarha­m ketika hayatnya.

“Saya tidak sangka itulah perjumpaan kali terakhir dengan Yahya (Allahyarha­m),” katanya dengan nada sedih tidak dapat disembunyi­kan ketika ditemui di rumah Allahyarha­m di Kampung Tian, Matu ketika menanti ketibaan jenazah petang kelmarin (Khamis).

Katanya, perwatakan Al-

Saya tidak sangka itulah perjumpaan kali terakhir dengan Yahya (Allahyarha­m). Affendi Mustafa Sepupu Allahyarha­m Yahya

lahyarham Yahya ketika itu tidak berubah sama sekali dengan penuh gurau sendanya.

Selain itu, katanya Allahyarha­m juga senang didampingi oleh sesiapa sahaja kerana beliau seorang yang peramah.

Selain itu, Affendi turut mengakui Allahyarha­m amat rapat dengan ibunya, Halimah Geronggong, 42.

“Beliau pasti menelefon ibunya setiap kali operasi dijalankan,” ujarnya.

Jelas Affendi, Allahyarha­m kerap membuat panggilan sebagai tanda kasih dan sayangnya terhadap ibunya selain ayahnya, Ali Bengang, 53 serta empat adiknya iaitu Zainab, 20, Julia, 17, Nur Atikah, 15, dan adik bongsunya, Arif Aiman, 12.

Jenazah Allahyarha­m Yahya selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tian, Matu pada malam kelmarin (Khamis) setelah diterbangk­an dengan pesawat khas Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Dianggarka­n sekitar 1,000 orang hadir pada majlis pengebumia­n termasuk pegawai bomba dan penyelamat pelbagai pangkat selain ahli keluarga serta rakan-rakannya.

 ??  ?? MENANTI HIBA: Ayah Allahyarha­m Yahya ( berdiri) ketika menanti ketibaan jenazah pada petang kelmarin.
MENANTI HIBA: Ayah Allahyarha­m Yahya ( berdiri) ketika menanti ketibaan jenazah pada petang kelmarin.
 ??  ?? PECAHTANAH: Baru menandatan­gani plak perasmian pecah tanah Tadika Gereja BEM di Lubuk Kubung Kakus di Tatau, semalam.
PECAHTANAH: Baru menandatan­gani plak perasmian pecah tanah Tadika Gereja BEM di Lubuk Kubung Kakus di Tatau, semalam.
 ??  ?? AFFENDI
AFFENDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia