Utusan Borneo (Sarawak)

PLUS jamin buka ruang perniagaan kepada usahawan tempatan di R&R

-

PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad ( PLUS) memberi jaminan akan terus memberi peluang kepada usahawan tempatan berniaga di kawasan rehat dan rawat ( R& R) kendaliann­ya, meskipun syarikat konsesi itu memeterai perjanjian bersama beberapa jenama makanan dan minuman peringkat nasional dan antarabang­sa semalam.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata transforma­si yang dilakukan dengan memperkena­lkan tawaran baharu itu adalah seiring dengan kehendak dan tabiat pemakanan masyarakat masa kini.

“Daripada kajian yang kami jalankan mereka (pengguna) mahukan kedua- dua jenis makanan dari segi rasa dan sihat. Jadi kita besarkan lagi ruang perniagaan yang memberi peluang kepada usahawan tempatan dan jenama besar negara berniaga,” katanya selepas Majlis Menandatan­gani Rakan Niaga Baharu PLUS yang melibatkan 10 jenama makanan dan minuman.

Jenama itu adalah Starbucks, Krispy Kreme, Harold’s Bread, Mohd Chan, Famous Amos, A&W, Dunkin Donut, MyNews, Kenny Rogers dan Line Clear.

Azman berkata dengan termeterai­nya perjanjian itu, pengguna mempunyai lebih banyak pilihan untuk membeli mengikut kemampuan mereka.

“Kita ada ruang makanan bernilai dan makanan bajet yang memberi pilihan kepada pengguna untuk memilih berdasarka­n citarasa masingmasi­ng,” katanya.

Dalam pada itu, Azman berkata PLUS sedang melaksanak­an projek pembaikan R&R Rawang (arah utara) dengan mengubahsu­ai rekaan dalaman yang berkonsepk­an minimalis.

“Projek pembaikan ini juga akan dijalankan di beberapa R&R termasuk Machap (arah selatan), Gelang Patah (arah selatan) dan Restoran Jejantas Sungai Buloh selepas ini.

“Kita juga akan menaiktara­f R&R Seremban (arah selatan) dan Hentian Sebelah Bukit Gantang (arah selatan) tahun hadapan yang akan melibatkan pembinaan infrastruk­tur dengan konsep dan rekaan baharu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia