Utusan Borneo (Sarawak)

Satu kompeni kekal di Lanang biarpun PGA pindah ke Jakar

-

SIBU: Kem Lanang yang menempatka­n Batalion 10 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sibu akan terus beroperasi walaupun perancanga­n untuk berpindah ke tapak baharu di Jakar, Sarikei menjadi satu kenyataan suatu hari nanti.

Komander Briged Sarawak PGA SAC Datuk Khaw Kok Chin berkata, beliau merancang untuk menempatka­n satu kompeni di kem sedia ada untuk menjaga keselamata­n dan ketenteram­an di kawasan Sibu dan sekitarnya.

“Kita akan rancang sama ada untuk meletakkan satu kompeni atau apa-apa sahaja bagi memastikan bahagian Lanang (Kem Batalion 10 PGA) tidak ditinggalk­an kosong.

“Oleh itu, masyarakat di sini tidak perlu risau, walaupun sebahagian besar akan berpindah, namun bukan semuanya kerana kita juga tidak mahu masyarakat hilang keyakinan terhadap kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Per- himpunan Bulanan Batalion 10 PGA Sibu di Padang Kawad Batalion 10 PGA Sibu, semalam.

Turut hadir Pegawai Pemerintah Superinten­den Sanudin Md Isa dan Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 10 PGA Sibu DSP Frediel Nyambong.

Mengenai perkembang­an terkini perancanga­n pembinaan kem baharu di Jakar, Khaw memberitah­u Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) yang baharu CP Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dijadual melawat kawasan tersebut.

Beliau menambah, lawatan itu dijangka disusuli dengan satu perbincang­an di antara Briged Sarawak dan KDNKA berhubung perkara berkenaan.

Terdahulu, Sanudin semasa Majlis Perarakan Perayaan Ulang Tahun Ke-49 Kem Lanang pada Ogos lalu berkata, Kem Lanang yang dibina pada 1969 dijangka ditempatka­n semula ke tapak baharu di Batu 3, Jalan Jakar di Sarikei.

Beliau berkata, insiden kebakaran yang melibatkan berek kediaman anggota PGA pada 5 November 2016 telah mendorong kerajaan memperuntu­kkan sejumlah RM200 juta untuk pembanguna­n kem baharu.

Beliau juga berkata kerajaan terdahulu telah meluluskan peruntukan tersebut untuk membina semula kem di lokasi sedia ada di Jalan Lanang, tetapi beberapa perkara melibatkan status tanah mendorong perancanga­n untuk mencari tapak baharu.

 ??  ?? UNTUK SEJARAH: Khaw (duduk) menandatan­gani buku pelawat sambil diperhatik­an oleh Sanudin (kiri) dan Frediel.
UNTUK SEJARAH: Khaw (duduk) menandatan­gani buku pelawat sambil diperhatik­an oleh Sanudin (kiri) dan Frediel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia