Utusan Borneo (Sarawak)

FAMA Fest bantu usahawan perluas pasaran produk

-

GEORGE TOWN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) kelmarin menganjurk­an program FAMA Fest Pulau Pinang bertujuan membantu usahawan memperluas­kan pasaran produk tempatan.

Pengarah FAMA Pulau Pinang Habibah Sulaiman berkata melalui program itu, usahawan bukan sahaja dapat menjual produk tempatan dan hasil pertanian malah mampu mendapat pendedahan dan tawaran menarik daripada pihak-pihak yang berkepenti­ngan.

“Melalui program ini, kita harap mereka dapat peluang- peluang pasaran atau ‘enggagemen­t’ dengan ejen- ejen dari dalam dan luar negara,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian program itu oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Uban A. Kumaresan, di Kompleks Bukit Jambul, dekat sini kelmarin.

Beliau berkata FAMA Fest Pulau Pinang merupakan program kedua dianjurkan selepas FAMA Fest Perak yang diadakan di Gopeng pada Julai lalu.

Katanya program itu tidak hanya tertumpu kepada usaha untuk membantu usahawan tempatan semata-mata malah FAMA juga mengalu-alukan kedatangan orang ramai yang ingin mendapatka­n informasi atau berminat dalam perniagaan.

“Hari ini (kelmarin) kalau dapat lihat, kita ada buka kaunter kepada masyarakat dengan memberi maklumat tentang perkhidmat­an FAMA kepada usahawan dan petani sekiranya mereka berminat untuk menceburi bidang perniagaan dan pertanian,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Galakan Pasaran Dalam Negara dan Pasaran Atas Talian FAMA Mohamad Mustahapa Awang berkata FAMA mengalu- alukan generasi muda yang berminat untuk berniaga mendaftark­an diri sebagai peniaga atas talian di Agro Bazaar Online. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANYAK TARIKAN: Pengunjung mengambil peluang membeli-belah di Penang FAMA Fest @ Kompleks Bukit Jambul, kelmarin.
— Gambar Bernama BANYAK TARIKAN: Pengunjung mengambil peluang membeli-belah di Penang FAMA Fest @ Kompleks Bukit Jambul, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia