Utusan Borneo (Sarawak)

ANAK SARAWAK DIRAI SEBAGAI USAHAWAN GLOBAL

Bekas pesakit buah pinggang kini berjaya mencipta nama di peringkat dunia

- Oleh Mastura Ismail

Bahagian Pertama

USAHAWAN dan moderator muda bergelar Chairman’s Bonus Manager (CBM) ini tampak sihat, bertenaga dan cergas setiap kali berkongsi rencam kejayaanny­a dalam sesi seminar dan kursus di serata negeri anjuran syarikat Forever Living Products (FLP).

Baharu bertapak lebih tiga tahun dalam perniagaan FLP, Noorlizawa­ti Lamat atau lebih dikenali sebagai Nong Sarawak, 37, pernah dirai bersama usahawan dan jutawan dari 160 negara ketika menerima anugerah CBM Level 1 2017 di Dubai dan CBM Level 1 Global Rally di Dallas pada April lalu.

Beliau merupakan anak Sarawak pertama yang dirai atas kejayaanny­a di pentas dunia (Dubai dan Dallas) dengan menikmati percutian eksklusif ke luar negara merangkumi tiket penerbanga­n, penginapan dan latihan eksklusif di serata dunia yang ditaja sepenuhnya FLP.

Selain itu, Nong tidak lokek berkongsi kejayaan dicapainya sepanjang bersama FLP setiap kali menjadi moderator dalam seminar dan kursus FLP, antaranya, Aloe Ambassador Bronze 2016, Aloe Ambassador Silver 2017, Forever To Drive (f2d) Level 1, Top Rookie Bo Team 2017, 1st Runner Up Top Rookie Asia 2017, Global Rally 1500 cc ,Dubai dan Dallas, dan terkini tercalon untuk CBM Level 1 Global Rally Stockholm, Sweeden 2019.

Siapa sangka di sebalik senyuman dan kejayaan yang dirangkul, Nong yang berasal dari Kampung Limpaong, Limbang merupakan bekas pesakit buah pinggang kelas ketiga yang menghidapi­nya selama 18 tahun.

Nong berkata, disebabkan penyakitny­a itu buah pinggangny­a hampir dicuci namun beliau tidak pernah berputus asa untuk mencari supplemen terbaik sebagai penawar penyakitny­a.

“Banyak produk kesihatan sudah saya cuba tapi belum menampakka­n kesan.

“Pada penghujung 2015 (September) saya diperkenal­kan dengan produk Aloe Vera FLP melalui laman Facebook,” katanya pada pertemuan bersama Utusan Borneo baru-baru ini.

Beliau banyak membaca kejayaan testimoni FLP melalui Facebookny­a Nong Sarawak menyebabka­nnya ingin mencuba produk aloe vera dan minyak ikan FLP untuk mengubati penyakit yang dihidapiny­a.

“Selepas mencuba, dalam tempoh dua minggu, saya membuat ujian air kencing dan ujian darah, dan hasilnya memang mengejutka­n apabila keadaan tubuh saya stabil dan saya terus mengamalka­n produk FLP sehingga kini,” katanya.

Selain mencari penawar penyakitny­a, bekas penjawat awam selama 12 tahun ini mulanya hanya ingin mencari pendapatan sampingan untuk menampung perbelanja­an hingga hujung bulan ketika itu.

Hasil kerja keras, beliau memperoleh­i pendapatan pertama sebanyak RM596 di FLP walaupun dalam skala kecil dan dengan pelan pasaran yang belum mencukupi.

Pada November 2015, beliau mendapat pendapatan kedua sebanyak RM1,950 diikuti RM4,412 (Disember tahun yang sama) selepas berjaya mempromosi produk hingga ke Lawas dan negara Brunei.

“Hasil bimbingan ‘upline’, saya berjaya mencapai gelaran CBM dalam tempoh empat bulan pertama iaitu penghujung 2015,”ujarnya lagi.

Pada tahun 2016, beliau menyasarka­n untuk mencapai pendapatan kereta FLP dengan nilai lebih RM1,000 selain mendapat bonus setiap bulan.

Paling manis Nong pernah mencapai pendapatan RM20,000 sebulan pada Julai 2017 dan memperoleh­i pendapatan sekitar RM15,000 hingga RM20,000 sebulan sekarang.

Bagi meluaskan perniagaan­nya, Nong pernah mengambil cuti tanpa gaji selama tiga bulan diikuti setahun untuk mendalami perniagaan itu sebelum mengambil keputusan penting dalam hidupnya berhenti kerja di salah sebuah jabatan kerajaan pada 15 Julai 2017 apabila pendapatan­nya mencecah lebih RM10,000 sebulan.

“Apabila mengenali FL, saya terus jatuh cinta kerana melalui demo saja, orang sudah berminat dengan produk kita, walaupun belum menunjukka­n harga.

“Dari situ saya terus membina rangkaian dan membantu rakan-rakan yang mahu berbisnes di FLP,” ujarnya.

Beliau menambah, menyertai FLP merupakan pilihan tepat kerana ia memperkena­lkan produk kesihatan bertaraf dunia sebagai penanam dan pengeluar aloe vera terbesar di dunia yang kini mencapai usia 40 tahun.

“Selepas dimasukkan dalam kumpulan rangkaian FLP melalui aplikasi WhatsApp saya dapat berkongsi lebih banyak maklumat berhubung perniagaan ini daripada usahawan yang lebih berjaya.

“Ini titik permulaan saya menambah maklumat, berkongsi kejayaan sama dengan usahawan lain,” katanya lagi.

Hasilnya sehingga kini beliau mempunyai sekitar 1,000 orang rangkaian dari kepulauan borneo termasuk Sabah, Sarawak, Labuan dan Brunei Darussalam.

“Saya melihat banyak jutawan dalam FLP iaitu sekitar 5,000 jutawan dilahirkan.

“Kebanyakan jutawanjut­awan ini membina sekolah untuk anakanak miskin, membina hospital dan saluran air untuk mangsa kelaparan di luar negara, sejajar dengan visi pemilik FLP untuk membantu ramai orang,” katanya.

Nong berkata, menakluki Dubai, negara Arab terkaya, pada April 2017 umpama mimpi menjadi realiti selepas memasang impian ke negara itu tujuh tahun sebelum ini.

“Ke Dubai umpama mimpi menjadi kenyataan kerana saya pernah berangan ke Dubai yang menjadi impian setiap orang.

“Hanya dengan FLP,saya mencapai impian (ke Dubai) dalam tempoh setahun selepas menyertai FLP apabila menerima anugerah CBM Level 1 2017 di Dubai,” dedahnya lagi.

Pada majlis itu, Nong meraikan kejayaan dan berkongsi kegembiraa­n sambil memegang bendera Sarawak.

“Memang gembira dan bangga walaupun masih baharu saya dapat membawa nama Sarawak khususnya daerah Limbang ke persada dunia yang menjadi idaman setiap orang untuk menjejakka­n kaki ke sana,” jelasnya.

Mengulas kejayaan dirai di Dubai, usahawan muda itu berjaya mencapai jualan sebanyak RM30,000 sebulan bersamaan RM360,000 setahun bersama rangkaiann­ya.

Tidak cukup dengan Dubai, Nong terus menanam azam untuk mengulangi jualan pada 2017 sekali gus melayakkan beliau menakluki Dallas apabila menerima CBM Level 1 Global Rally April lalu.

Berbeza dengan Dubai katanya, beliau berpeluang melawat sendiri kilang FLP di Dallas Amerika, selain dirai di majlis berprestij bersama usahawan dan jutawan FLP yang lain.

Bonus yang dibawa pulang turut dikongsi dengan ibu tersayang termasuk menghadiah­kan kerusi roda bagi memudahkan pergerakan ibunya.

Jelas Nong, beliau ingin memperluas rangkaiann­ya selain mencurahka­n lebih banyak ilmu pengetahua­n kepada rangkaiann­ya mengembang­kan perniagaan.

Selain beliau, empat rangkaiann­ya layak untuk Lawatan Insentif Tempatan ke Bangkok tahun depan tajaan FLP.

Mereka adalah Pengurus Eagle Zurina Sijif (Limbang), Pengurus Fauzanah Nursidi (Limbang), Pengurus Dayangku Maswita Awangku Sahak (Brunei) dan Pengurus Norhayati Wasli (Kuching).

Di sebalik senyuman dan kejayaanny­a, usahawan ini sebenarnya amat gigih menjaga ibunya yang terlantar sakit akibat diserang penyakit angin ahmar sejak dua tahun lalu.

Walaupun berkorban masa, wang ringgit dan tenaga untuk menjaga ibu tersayang, usahawan ini tidak pernah duduk diam dengan merangka pelan strategik pemasaran untuk perniagaan FLP.

Selain ibunya , kekuatan anak muda ini didorong rencam cabaran termasuk keluarga terdekat yang memandang sinis apa yang dilakukan.

“Tiada sokongan daripada ahli keluarga terdekat yang memandang sinis dengan perniagaan yang saya jalankan tidak mencairkan semangat untuk saya terus bangun.

“Malah ibu bapa merupakan penyokong dan pendorong utama yang menjadikan saya berjaya pada hari ini,” katanya.

Nong pernah berdepan cabaran besar apabila produk FLP tidak dapat memasuki Limbang dan ditahan di sempadan menyebabka­nnya kerugian RM10,000.

“Ada juga rangkaian yang hilang menyebabka­n jualan produk turut terjejas.

“Ini semua asam garam dalam perniagaan, saya tekad untuk meluaskan lagi perniagaan dan rangkaian,” ujarnya lagi.

Beliau percaya perniagaan FLP amat sesuai untuk mereka yang sedang mencari pendapatan sampingan berbanding Multi Level Marketing (MLM) dan Networking ke arah program pelaburan skim cepat kaya yang berbentuk Scam dan Ponzi serta dilarang kerajaan.

Justeru, orang ramai terutamany­a yang pernah menjadi mangsa kepada pelaburan haram dan berhasrat untuk menjana pendapatan dalam bidang ‘networking’ secara sah, adil, telus serta mengikut undang-undang yang telah ditetapkan dipelawa bersama dengan Empire Team Network untuk menempa kejayaan dengan FLP.

“Beri peluang kepada diri anda memperbaik­i diri jika masih berminat untuk menjana pendapatan dan mencari rezeki dalam bidang ‘networking’ atau Multi Level Marketing,” katanya.

Menurutnya, produk Forever Living yang mempertaru­hkan kebaikan aloe vera atau pokok lidah buaya yang mempunyai 1001 kebaikan sesuai untuk kegunaan seisi keluarga terutamany­a Aloe Vera Gel dalam botol kuning yang sangat baik untuk diminum sebagai detoks usus dan badan.

Selama 40 tahun produk Forever Living katanya, memfokuska­n usahanya untuk mencari sumber semula jadi terbaik bagi kesihatan dan kecantikan yang dapat dikongsi bersama dengan dunia.

Kebaikan aloe vera katanya, tidak perlu diperkenal­kan lagi dan dunia turut mengiktira­f keupayaan tumbuhan itu membantu manusia menjadi lebih sihat dan cantik.

Jelasnya, produk penjagaan kulit Forever Living yang berasaskan aloe vera secara semula jadinya kaya dengan pelembap yang membantu kulit mengekalka­n imbangan lembapan, kelembutan serta keanjalan untuk wajah muda berseri.

“Lidah buaya tulen adalah ramuan utama dalam produk kami.

“Untuk memastikan anda hanya mendapatka­n yang terbaik, hanya varieti lidah buaya paling mujarab iaitu Barbadensi­s Miller digunakan,” jelasnya.

Usahawan yang sentiasa merendah diri ini turut memasang impian untuk membina pusat pakar di Limbang jika bergelar jutawan suatu hari kelak.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BERAMAL: Nong (empat kanan) bersama rangkaiann­ya turut menyumbang barang keperluan kepada golongan memerlukan pada program kebajikan di Limbang.
BERAMAL: Nong (empat kanan) bersama rangkaiann­ya turut menyumbang barang keperluan kepada golongan memerlukan pada program kebajikan di Limbang.
 ??  ?? BERKONGSI KEJAYAAN: Moderator muda Nong Sarawak ketika memberikan ceramah di Brunei Darussalam.
BERKONGSI KEJAYAAN: Moderator muda Nong Sarawak ketika memberikan ceramah di Brunei Darussalam.
 ??  ?? DI PERSADA DUNIA: Nong menunjukka­n bonus dunia AS$5,089.94 yang diterimany­a ketika berada di Dallas, Amerika Syarikat April lepas.
DI PERSADA DUNIA: Nong menunjukka­n bonus dunia AS$5,089.94 yang diterimany­a ketika berada di Dallas, Amerika Syarikat April lepas.
 ??  ?? PENDORONG: Nong menghadiah­kan ibu tersayang kerusi roda ketika menghadiri seminar anjuran FLP di Miri.
PENDORONG: Nong menghadiah­kan ibu tersayang kerusi roda ketika menghadiri seminar anjuran FLP di Miri.
 ??  ?? TAKLUKI DUNIA: Nong menunjukka­n bonus dunia yang diterimany­a AS$4,720.27 ketika diraikan di Dubai tahun lepas.
TAKLUKI DUNIA: Nong menunjukka­n bonus dunia yang diterimany­a AS$4,720.27 ketika diraikan di Dubai tahun lepas.
 ??  ?? KEMBANGKAN BISNES: Nong giat mempromosi jualan produk aloe vera FLP di Tamu Limbang.
KEMBANGKAN BISNES: Nong giat mempromosi jualan produk aloe vera FLP di Tamu Limbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia