Utusan Borneo (Sarawak)

LANDAS SAH KEJUARAAN LEBIH AWAL

Membenam pasukan PP MSNS Miri dengan jaringan 3-1 pada saingan Liga Super Miri 2018

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Pasukan Landas mengesahka­n kejuaraan lebih awal selepas mem- benam PP MSNS Miri dengan 3-1 pada saingan Liga Super Miri 2018 di Stadium Miri petang kelmarin.

Gol Landas dijaringka­n oleh Marafi Bahaudin pada minit ke-17, Suhaimie Zamri (minit ke-41) dan Francis Martin (minit ke-57).

Sementara itu, gol sagu hati PP MSNS Miri disumbangk­an oleh Gabriel Nistelrooy Tamin pada minit ke-62.

Selaku juara keseluruha­n, Landas membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,500, piala pusingan, piala dan medal.

Sementara penentuan naib juara masih menunggu per- temuan di antara Perdanaku menentang Permy Galaxy pada perlawanan terakhir, Sabtu ini.

Bagaimanap­un, PP MNSN Miri berada kedudukan kedua Liga Super Miri 2018 namun kedudukan itu boleh tergugat jika pasukan Perdanaku menang dengan jaringan besar.

Naib juara akan menerima hadiah wang tunai RM2,000 piala iringan dan medal sementara tempat ketiga menerima RM1,000, piala dan medal.

Penyerang pasukan IPD Miri, Salprin Salleh dinobatkan sebagai penjaring terbanyak selepas menghasilk­an 10 gol sepanjang pertanding­an itu.

Majlis penyampaia­n hadiah kepada juara Liga Super Miri 2018 disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni.

Pada majlis sama, Lukanisman turut mengumumka­n peruntukan sejumlah RM15,000 kepada Persatuan Bola Sepak Bahagian Miri (PBBM).

Hadir sama menyaksika­n perlawanan penentuan juara Liga Super Miri 2018 ialah Pegawai Daerah Miri, Abdul Aziz Yusuff, Pegawai MSN Miri, Hariffen Mansur serta exco PBBM.

 ??  ??
 ??  ?? TERIMA HABUAN: Pasukan Landas meraikan kejayaan mereka menjuarai Liga Super Miri 2018 setelah mengalahka­n PP MSNS Miri 3-1 di Stadium Miri petang kelmarin.
TERIMA HABUAN: Pasukan Landas meraikan kejayaan mereka menjuarai Liga Super Miri 2018 setelah mengalahka­n PP MSNS Miri 3-1 di Stadium Miri petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia