Utusan Borneo (Sarawak)

Safura peserta pertama tinggalkan pentas Gegar Vaganza 5

-

PENYANYI yang pernah popular dengan lagu ‘Sedalam Mana Cintamu’ Safura terpaksa akur apabila menjadi peserta Gegar Vaganza musim kelima (GV5) yang pertama tersingkir pada konsert kedua yang berlangsun­g di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada malam Ahad lepas.

Safura mendapat markah terendah iaitu 39.7 peratus daripada juri profesiona­l selepas mempersemb­ahkan lagu ‘Diari Biru’ nyanyian asal seorang lagi peserta GV5 iaitu Maya.

Peserta yang mara ke konsert seterusnya ialah Noryn Aziz, Amelina, Shafie Rio, Zamani, Hetty Sarlene, Maya, Billy Zulkarnain, Dia Fadila, Zamani, Forteen, Elite dan Farawahida.

Kesemua persembaha­n peserta diadili oleh dua juri profesiona­l iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim, manakala Datuk AC Mizal kembali sebagai juri jemputan untuk minggu kedua.

Bintang Cuccko Paling Gempak minggu kedua menjadi milik kumpulan Elite.

Konsert minggu kedua GV5 menampilka­n tema ‘Dalam diam aku mencintaim­u’ dan seperti biasa riuh dengan keletah dua pengacaran­ya iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Dengan tagline ‘Masih Membara Rentaknya’, konsert mingguan GV5 akan bersiaran selama lapan minggu di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Ahad, jam 9 malam.

Program ini juga turut boleh diakses menerusi perkhidmat­an Gempak, Astro Go, Njoi Now dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan Kapsul Gegar Vaganza setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 10.55 malam Untuk pengisian di platform digital, program ‘Live Plus Gegar Vaganza’ akan disiarkan secara serentak di www. gegarvagan­za. com.my ketika berlangsun­gnya konsert mingguan.

Juara GV5 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

GV5 juga masih mengekalka­n format asal penjurian yang mana nasib para peserta akan diadili sepenuhnya oleh pihak juri yang telah dipertangg­ungjawabka­n untuk menilai persembaha­n para peserta berdasarka­n kriteria yang telah ditetapkan.

Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirk­an.

Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3) dan Aishah (GV4).

Penerbitan GV5 turut disokong D’herbs yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Cuckoo dan Adabi selaku Penaja Bersama.

Aplikasi Astro Go dan portal Gempak turut menghulurk­an sokongan selaku Rakan Digital manakala SINAR dan Raku pula sebagai Rakan Radio Rasmi dan Rakan Radio Digital selain Astro Circle selaku Rakan Gegar Vaganza.

Maklumat dan ikuti info terkini ‘GV5’ di laman web www.gempak.com.

 ??  ??
 ??  ?? TERSINGKIR: Safura terpaksa akur apabila menjadi peserta GV5 yang pertama tersingkir pada malam Ahad lepas.
TERSINGKIR: Safura terpaksa akur apabila menjadi peserta GV5 yang pertama tersingkir pada malam Ahad lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia