Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada kompromi terhadap warga Tentera Darat yang menjadi liabiliti: Panglima

PATUHI PERATURAN, BERDISIPLI­N

- Oleh Rusnan Mustafa

KOTA SAMARAHAN: Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi memberi amaran keras kepada seluruh warga Tentera Darat agar sentiasa patuh kepada peraturan dan disiplin yang ditetapkan.

Beliau menegaskan, sekiranya terdapat warga Tentera Darat melanggar peraturan seperti terlibat dengan kes penyalahgu­naan dadah dan sebagainya, tindakan pemberhent­ian perkhidmat­an akan dikenakan.

“Bagi mereka yang masih lagi terlibat dengan kes-kes penyalahgu­naan dadah dan sebagainya sila berhenti, sebab kalau perkara ini sampai ke meja saya, saya tidak akan berfikir banyak, anda (akan) diberhenti­kan.

“Jadi ini pesanan saya, sehebat mana pun perancanga­n kalau tidak menjadi pegangan kepada semua orang yang mana setiap daripada anda merupakan elemen penting dalam pertahanan negara, jika anda tidak boleh bersama dengan pasukan ini saya rasa anda kena cari pekerjaan lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena lawatan ulungnya ke Markas Pemerintah­an Medan Timur Tentera Darat dan Satu Divisyen, Kem Muara Tuang di sini semalam.

Malah, Hasbullah mahu warga Tentera Darat mengetepik­an keselesaan hidup sebagai orang awam.

“Selagi anda dalam tentera, peraturan tentera kita guna pakai dan ini tidak ada kompromi.

“Tidak ada istilah berbulan madu, kita kena kerja mengikut apa yang telah dibayar gaji kepada kita,” tegasnya sambil menyifatka­n tindakan segelintir warga Tentera Darat yang tidak patuh kepada peraturan sebagai pengkhiana­t kepercayaa­n rakyat dan negara.

Beliau memberitah­u, warga Tentera Darat adalah golongan istimewa kerana tidak semua berpeluang dipilih menjadi seorang tentera.

“Selagi anda boleh mengikuti peraturan tentera anda diterima sebagai seorang tentera, jika tidak saya tidak ragu-ragu untuk memberhent­ikan anda daripada perkhidmat­an kerana anda bukanlah aset tetapi liabiliti.

“Ini pegangan saya dan saya tidak akan berkomprom­i, biarlah saya ada orang sedikit tetapi mereka adalah yang terbaik daripada saya mempunyai orang yang ramai tetapi banyak ejen perosak, janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” ujarnya.

Hadir sama Panglima Medan Timur Leftenan Jeneral Datuk Stephen Mundaw, Panglima Satu Divisyen Mejar Jeneral Dato Toh Choon Siang, Panglima 3 Briged Brigadier Jeneral Mohd Bustaman Mat Zin dan tetamu kehormat lain.

Selagi anda dalam tentera, peraturan tentera kita guna pakai dan ini tidak ada kompromi. Tidak ada istilah berbulan madu, kita kena kerja mengikut apa yang telah dibayar gaji kepada kita. Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi Panglima Tentera Darat

 ??  ??
 ??  ?? DISIPLIN: Hasbullah memeriksa perbarisan sempena lawatan ulungnya ke Markas Pemerintah­an Medan Timur Tentera Darat dan Satu Divisyen di Kem Muara Tuang semalam.
DISIPLIN: Hasbullah memeriksa perbarisan sempena lawatan ulungnya ke Markas Pemerintah­an Medan Timur Tentera Darat dan Satu Divisyen di Kem Muara Tuang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia