Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa Khas fokus laksana MA63

Jawatankua­sa tiga peringkat ada enam bulan untuk siapkan laporan pelaksanaa­n hak seperti termaktub dalam MA63

- Oleh Patricia Gari dan Nick Fletcher

KUCHING: Jawatankua­sa Khas Perjanjian Malaysia 1963 ( MA63) yang ditubuhkan di bawah kerajaan Pakatan Harapan ( PH) akan memfokus kepada isu utama pelaksanaa­n hak-hak Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub di dalam perjanjian itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong berkata, hakikatnya penubuhan Malaysia dan MA63 adalah sejarah yang tidak boleh dipertikai­kan.

“Jawatankua­sa ini tidak akan melihat kembali kepada sejarah tetapi mahu terus kepada pengembali­an dan pelaksanaa­n hak-hak Sabah dan Sarawak seperti termaktub di dalam MA63.

“Hakikatnya, kita (Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia) bersatu menubuhkan Malaysia pada 16 September 1963, wujudnya MA63, ia bukan satu pertika- ian,” ujarnya pada sidang media di Bangunan Sultan Iskandar di sini, semalam.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Mahkamah Kuching dan menghadiri diskusi di Pejabat Setiausaha Persekutua­n Sarawak.

Liew bagaimanap­un berkata, jawatankua­sa itu yang terdiri daripada tiga peringkat iaitu Jawatankua­sa Pemandu, Jawatankua­sa Teknikal dan Jawatankua­sa Kerja memerlukan masa untuk menyiapkan laporan penuh dalam tempoh enam bulan selepas penubuhann­ya.

“Berikan kami( jawatankua­sa) masa kerana perkara ini merupakan perkara yang melibatkan seluruh negara dan rakyatnya serta maklum balas pelbagai kementeria­n diperlukan.

“Rabu ini saya akan bentengkan kepada kabinet penubuhan jawatankua­sa khas MA63 untuk dipersetuj­ui apabila penubuhann­ya diumumkan kelak, kita ada enam bulan untuk menyiapkan tugas ini,” ujarnya.

Menurutnya di peringkat Jawatankua­sa Pemandu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selaku pengerusi dan akan dianggotai menteri-menteri kabinet, Ketua Menteri Sabah dan Sarawak, Peguam Ne- gara, Ketua Peguam Negeri Sabah dan Sarawak serta ahli akademik.

Manakala, Jawatankua­sa Teknikal akan dipengerus­i bersama oleh beliau selaku menteri yang bertanggun­gjawab kepada undang-undang bersama Peguam Negara (Tommy Thomas), menteri- menteri kabinet serta wakil dari Sabah dan Sarawak.

Jawatankua­sa Kerja pula akan dianggotai Ketua Setiausaha Negara, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dan ketua- ketua pengarah agensi berkaitan yang bertindak sebagai pelaksana kepada keputusan dica- pai di peringkat Jawatankua­sa Teknikal dan Jawatankua­sa Pemandu, jelasnya.

“Saya percaya sebaik ini selesai dilakukan, kita akan melihat pelaksanaa­n hak-hak Sabah dan Sarawak di bawah MA63 akan dibuat.

“Paling penting Tun (Mahathir) pada 16 September 2018 di Kota Kinabalu secara rasmi mengumumka­n Sabah dan Sarawak adalah rakan sama rata dengan Persekutua­n Tanah Melayu, ini adalah pengiktira­fan dan kita akan mulakan usaha dari situ,” katanya.

Liew turut memberitah­u, Jawatankua­sa Khas MA63 itu akan mengambil kira keputusan atau hasil kajian Jawatankua­sa MA63 yang ditubuhkan semasa pemerintah­an terdahulu Barisan Nasional (BN).

“Saya tidak menafikan usaha kerajaan sebelum ini, yang telah menubuhkan jawatankua­sa sama, saya fikir jawatankua­sa baharu ini akan melihat hasil kerja mereka dan mempertimb­angkan apa yang terbaik,” tambahnya.

Hadir sama Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal UndangUnda­ng Datuk Jalil Marzuki dan Setiusaha Persekutua­n Sarawak Datu Mansor Man.

Jawatankua­sa ini tidak akan melihat kembali kepada sejarah tetapi mahu terus kepada pengembali­an dan pelaksanaa­n hak-hak Sabah dan Sarawak seperti termaktub di dalam MA63. Datuk Liew Vui Keong Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang)

 ??  ??
 ??  ?? LEBIH FOKUS: Liew (dua kiri) pada sidang media selepas mengadakan diskusi bersama Setiausaha Persekutua­n Sarawak di Bangunan Sultan Iskandar, semalam.
LEBIH FOKUS: Liew (dua kiri) pada sidang media selepas mengadakan diskusi bersama Setiausaha Persekutua­n Sarawak di Bangunan Sultan Iskandar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia