Utusan Borneo (Sarawak)

PELAJAR JATUH DARI TINGKAT DUA ASRAMA, KRITIKAL

-

KOTA SAMARAHAN: Pelajar perempuan yang terjatuh dari bangunan asrama universiti awam di sini kelmarin kini sedang bertarung nyawa di Zon Merah Hospital Umum Sarawak (HUS).

Ketua Polis Daerah Samarahan DSP Lee Chong Chern yang mengesahka­n kejadian itu, memberitah­u mangsa berusia 23 tahun merupakan pelajar tahun dua terjatuh dari tingkat dua bangunan asrama universiti berkenaan.

Dedahnya, ekoran insiden itu, mangsa mengalami kecederaan trauma otak dan keretakan tulang belakang.

“Dipercayai mangsa terjatuh apabila cuba bergerak daripada tingkap bilik sendiri ke tingkap bilik rakan serumah yang terkunci dari dalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Lee berkata, saksi memberitah­u melihat mangsa terbaring di tingkat bawah dalam keadaan kepala berlumuran darah.

“Mangsa cuma terdengar menyebut perkataan ‘ayah’ dan saksi kemudian mendapatka­n bantuan untuk menghantar mangsa ke Pusat Jantung, Kota Samarahan,” jelasnya lagi.

Sementara itu, beliau memberitah­u hasil siasatan awal, kejadian berlaku semasa mangsa berseorang­an di rumah.

Tambahnya, punca sebenar kejadian belum dapat dikenal pasti kerana mangsa dalam keadaan kritikal.

“Buat masa ini, kes lebih terarah kepada kemalangan kerana tiada motif yang jelas untuk mangsa melakukan cubaan bunuh diri.

“Belum ada laporan polis dibuat setakat ini,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia