Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua Interpol berundur sebelum hilang

China membisu mengenai Meng yang didakwa langgar undang-undang domestik

-

BEIJING: Ketua Interpol dari China meletak jawatan manakala Beijing semalam mengumumka­n dia sedang disiasat kerana didakwa melanggar undang-undang domestik, manakala isterinya menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai nyawa suaminya selepas kehilangan­nya.

China membisu mengenai nasib Meng Hongwei, yang juga naib menteri keselamata­n awam, sejak pegawai Perancis mendedahka­n Jumaat lepas bahawa dia dilaporkan hilang selepas meninggalk­an Perancis dan pergi ke China pada bulan lepas.

Kesnya boleh mencemari usaha Beijing untuk mendapatka­n jawatan kepimpinan dalam organisasi antarabang­sa, tetapi ia juga satu tamparan bagi Interpol yang berpangkal­an di Perancis yang ditugaskan untuk mencari orang hilang, kata penganalis­is.

Isterinya Grace memberitah­u pemberita di Lyon, ibu pejabat Interpol, dia bimbang selepas menerima teks pesanan ringkas daripada suaminya dengan emoji pisau.

Suruhanjay­a Penyeliaan Negara China, yang mengendali­kan kes rasuah membabitka­n penjawat awam, memecah kesenyapan kerajaan awal semalam dengan menyatakan dalam kenyataan satu barisan bahawa Meng kini sedang disiasat kerana disyaki melanggar undangunda­ng.

Sejurus selepas itu, Interpol berkata, ia menerima peletakan Meng yang berkuat kuasa serta merta.

Ia merupakan kehilangan berprofil tinggi terbaharu di China, di mana beberapa pegawai tertinggi kerajaan, taikun perniagaan bilionair, malah seorang selebriti senarai A hilang selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan.

Apabila, atau sama ada, mereka muncul semula, ia selalunya di mahkamah.

Meng, presiden pertama Interpol dari China, kali terakhir dilihat pada 25 September ketika meninggalk­an Lyon.

Setiausaha agung Interpol Juergen Stock yang menyelia operasi harian berkata Sabtu lepas, agensi itu mahukan penjelasan mengenai lokasinya.

Meng dilantik pada 2016, walaupun terdapat kebimbanga­n daripada kumpulan hak asasi manusia, sekali gus memberikan kemenangan kepada Presiden China Xi Jinping dalam usahanya untuk menggambar­kan negara pimpinan komunis itu sebagai pemain bertanggun­gjawab dalam hal ehwal global.

Namun kehilangan­nya boleh menjadi halangan bagi China.

“Sebarang organisasi antarabang­sa harus berfikir dua kali pada masa depan sebelum mereka menimbang calon dari China untuk menjadi ketuanya,” kata Bonnie Glaser, selaku penasihat kanan Asia di Pusat Kajian Antarabang­sa dan Strategik di Wshington.

Meng tinggal di Perancis sejak 2016 bersama isteri dan dua anaknya.

Bercakap kepada pemberita kelmarin, Grace berkata, dia menerima pesanan daripada telefonnya yang mengandung­i emoji pisau sebelum kehilangan­nya.

Pada hari itu, Grace berkata, Mengmengir­impesananu­ntuk memintanya menunggu panggilan daripadany­a, sebelum menghantar emoji yang menandakan bahaya.

“Perkara ini adalah milik komuniti antarabang­sa,” katanya pada sidang akhbar sambil membelakan­gi kamera kerana bimbang mengenai keselamata­nnya.

“Saya tidak pasti apa yang telah berlaku kepadanya,” katanya.

Suruhanjay­a Penyeliaan Negara China yang ditubuhkan baru-baru ini di China memegang kuasa menyeluruh untuk menyiasat penjawat awam, dengan beberapa keperluan bagi ketelusan.

Walaupun suruhanjay­a itu tidak memperinci­kan dakwaan terhadap Meng, mandatnya ialah untuk menyiasat kes rasuah sebagai sebahagian kempen antirasuah Xi.

Segelintir pengkritik usaha itu, yang sudah menghukum lebih sejuta pegawai kerajaan, menyifatka­n ia juga berfungsi sebagai alat bagi Xi untuk meghapuska­n musuh politiknya.

Meng naik dari bawah dalam badan keselamata­n domestik negara ketika ia berada di bawah kepimpinan Zhou Yongkang, seteru Xi dan pegawai berpangkat paling tinggi yang dijatuhkan tuduhan rasuah.

Zhou yang dipenjara seumur hidup pada 2014, seterusnya dituduh berkonspir­asi untuk merampas kuasa kerajaan.

Dia melantik Meng sebagai naib menteri keselamata­n pada 2004.

Dalam jawatan itu, Meng diamanahka­n dengan beberapa portfolio sensitif, termasuk bahagian antiterori­sme negara, dan bertanggun­gja- wab ke atas tindakan kepda beberapa insiden besar di wilayah Xinjiang yang tegang di barat China.

Interpol menepis kebimbanga­n berkenaan dengan menyatakan presiden China tidak ada pengaruh ke atas operasi harian organisasi itu.

Usaha China untuk menjejaki pegawai yang korup di luar negara, dikenali sebagai Operasi Pemburuan Musang, telah membawa kepada dakwaan di beberapa negara bahawa ejen penguatkua­saan undang-undang China telah beroperasi secara sulit di bumi mereka tanpa kebenaran.

China kini mempunyai 44 notis merah yang tertunggak, kebanyakan­nya ada kaitan dengan pembunuhan, kecederaan yang disengajak­an dan penyeludup­an dadah, menurut laman sesawang Interpol.

Sewaktu Meng menjadi ketua, Interpol mengeluark­an notis merah untuk bilionair China yang hidup dalam pelarian Guo Wengui, yang mengugut untuk mendedahka­n rasuah pada peringkat tertinggi di negara itu dan turut dituduh mengubah wang oleh pihak berkuasa China.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? KHUATIR: Grace (membelakan­gi kamera) berbual dengan wartawan di Lyon semasa sidang akhbar kelmarin.
— Gambar AFP KHUATIR: Grace (membelakan­gi kamera) berbual dengan wartawan di Lyon semasa sidang akhbar kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? AMARAN: Seorang wartawan menunjukka­n mesej terakhir Meng kepada Grace yang terpapar pada telefon pintar isteri pegawai kanan China itu semasa sidang akhbar di Lyon, kelmarin.
— Gambar AFP AMARAN: Seorang wartawan menunjukka­n mesej terakhir Meng kepada Grace yang terpapar pada telefon pintar isteri pegawai kanan China itu semasa sidang akhbar di Lyon, kelmarin.
 ?? — Gambar Reuters ?? HILANG: Gambar fail 8 Mei lalu menunjukka­n Meng semasa melawat ibu pejabat Interpol di Lyon.
— Gambar Reuters HILANG: Gambar fail 8 Mei lalu menunjukka­n Meng semasa melawat ibu pejabat Interpol di Lyon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia