Utusan Borneo (Sarawak)

Lapan lelaki geng curi kereta, motosikal diberkas

‘Geng Alif Proton’ disyaki aktif mencuri kereta dan motosikal di kawasan Iskandar Malaysia sejak 2016

-

JOHOR BAHRU: Lapan anggota kumpulan ‘Geng Alif Proton’ yang disyaki aktif mencuri kereta dan motosikal di kawasan wilayah Iskandar Malaysia sejak 2016 berjaya diberkas dalam lapan serbuan berasingan di Johor Bahru dan Mersing bermula 28 September hingga 6 Oktober lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata, kesemua mereka yang berusia 27 hingga 32 tahun itu merupakan lelaki tempatan.

Enam daripadany­a ditahan ketika serbuan di kawasan Johor Bahru Utara dan dua lagi di Tenggaroh, Mersing.

Mohd Taib berkata, hasil serbuan, pihaknya turut merampas lapan kereta, dua motosikal, satu rangka motosikal, tiga enjin motosikal dan peralatan mencuri kenderaan.

“Modus operandi mereka ialah menyasarka­n keretakere­ta jenis Proton kerana ada dalam kalangan mereka bekerja sebagai mekanik dan mempunyai kemahiran untuk membuka kenderaan tersebut.

“Selepas mencurinya (kenderaan), mereka akan mengambil alat-alat ganti kenderaan untuk dijual di sebuah bengkel haram di Tenggaroh selain akan menukar nombor casis dan enjin kenderaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dengan tertangkap­nya kelapan-lapan anggota geng itu, pihaknya telah menyelesai­kan siasatan sebanyak 25 kes curi kereta yang dilaporkan di wilayah itu sebelum ini.

“Namun begitu, kita masih menjalanka­n siasatan lanjut sekiranya terdapat lagi saki baki anggota kumpulan kerana daripada siasatan awal, kita dapati kumpulan ini turut terlibat dalam kes curi sarang burung walit di Johor,” katanya.

Dalam kes berlainan, Mohd Taib berkata, pihaknya telah mengenal pasti tujuh kawasan ‘panas’ di Johor Bahru Utara yang seringkali berlaku kehilangan kenderaan.

“Antaranya ialah Tampoi, Taman Perling, Taman Ungku Tun Aminah, Taman Jaya, Skudai Kiri dan Sri Skudai. Ia disasarkan kerana ramai pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura meletakkan kereta dan motosikal di situ sehingga malam, sekali gus memberi peluang kepada kumpulan-kumpulan tertentu melakukan kegiatan jenayah mereka.

“Tahun ini sahaja (setakat bulan lepas), sebanyak 193 kes curi kenderaan dilaporkan di kawasan ini dengan 50 daripadany­a melibatkan kereta,” kata beliau.

Justeru itu, ia dilihat sebagai sesuatu yang serius dan meminta agar orang ramai meletakkan kenderaan mereka di tempat bersesuaia­n supaya tidak menjadi sasaran, katanya.

Modus operandi mereka ialah menyasarka­n kereta-kereta jenis Proton kerana ada dalam kalangan mereka bekerja sebagai mekanik dan mempunyai kemahiran untuk membuka kenderaan tersebut.

ACP Mohd Taib Ahmad Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia