Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Sabah akan teliti kualiti perkhidmat­an kesihatan luar bandar

-

SANDAKAN: Kerajaan Sabah akan melihat kualiti perkhidmat­an kesihatan di kawasan-kawasan tertentu di negeri itu khususnya di luar bandar.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ini bagi memastikan seluruh rakyat Sabah mendapat perkhidmat­an kesihatan yang sewajarnya.

“Sudah sampai masanya untuk melihat kualiti perkhidmat­an kesihatan diberikan di kawasan diperlukan di negeri ini termasuk di kawasan luar bandar,” ka- tanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan radiologi baharu Hospital Duchess of Kent Sandakan di sini, semalam.

Pada masa sama, Mohd Shafie berkata kerajaan negeri sedar kerjasama baik dengan kerajaan persekutua­n adalah penting untuk menjayakan usaha tersebut.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohd Shafie berkata perkhidmat­an kesihatan untuk rakyat adalah antara keutamaan beliau sejak menerajui kerajaan negeri itu dan komitmen berkenaan direalisas­ikan menerusi penubuhan Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat yang diketuai Datuk Stephen Wong Tien Fatt.

Penubuhan kementeria­n itu tidak bermakna kerajaan negeri tidak yakin dengan peranan Kementeria­n Kesihatan pusat namun lebih kepada melengkapi peranan peringkat pusat memandangk­an Sabah sebuah negeri yang besar dan memerlukan perhatian penuh, katanya.

Naik taraf hospital itu yang menelan belanja RM7.6 juta siap sepenuhnya pada Ogos lepas dan turut merangkumi pemasangan peralatan baharu antaranya mesin ‘fluroscopy’, imbasan tomografi berkompute­r, mamografi dan ultrabunyi.

Mengenai bangunan radiologi itu, Mohd Shafie berkata ia dapat menampung peningkata­n keperluan pesakit dari hospital dan daerah berdekatan iaitu Beluran, Kinabatang­an, Telupid serta Tongod, sekali gus mereka tidak lagi perlu ke Kota Kinabalu untuk mendapatka­n rawatan berkaitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia