Utusan Borneo (Sarawak)

Gangguan bekalan air di sekitar Jalan Bintulu-Sibu termasuk Sebau, Tatau esok

-

BINTULU: Beberapa kawasan sekitar Jalan Bintulu-Sibu termasuk daerah Sebauh dan Tatau akan mengalami gangguan bekalan air bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang esok.

Pihak pengurusan air LAKU Management Sdn Bhd Bintulu memaklumka­n, penutupan sementara bekalan air ini adalah bagi memberikan laluan kepada kerja-kerja penyambung­an paip utama di Jepak Industrial Estate, Jalan Bintulu-Sibu.

Antara kawasan terjejas ialah Jepak Industrial Estate, Kuala Tatau, Ulu Sebauh, Kuala Segan, Institut Kemahiran Mara (IKM) Bintulu, Pusat Teknologi Tinggi (ADTEC) Bintulu, Bandaria Park, Kampung Jepak, Kampung Warisan, Rumah Nyuak, Rumah Sait, Lapangan Terbang Bintulu, dan sepanjang laluan di jalan pesisir Kuala Tatau, Ulu Sebauh dan Rumah Lampoh, Setiam.

Adalah difahamkan sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinka­n, kerja-kerja penyambung­an paip akan dijalankan hari berikutnya.

Semua penduduk di kawasan terjejas dinasihatk­an menyimpan air secukupnya bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan berkenaan.

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut berkaitan dengan gangguan bekalan air berkenaan boleh menghubung­i talian Hotline Laku di talian 086318160 yang beroperasi 24 jam.

LAKU Management dalam pada itu memberikan jaminan akan mencuba sedaya upaya memendekka­n tempoh gangguan berkenaan bagi keselesaan penduduk.

LAKU dalam pada itu memohon maaf di atas segala kesulitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia