Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Taib terima dua kunjungan hormat

-

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima dua kunjungan hormat di Astana Negeri, Petra Jaya semalam.

Terdahulu, Tun Taib menerima kunjungan hormat daripada Jawatankua­sa Nadwah Ulama Nusantara (NUN) VIII yang diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha.

NUN VIII bakal diadakan pada 23 hingga 25 Oktober tersebut bertemakan ‘Sinergi Ulama dalam Pemerkasaa­n Ummah’ iaitu satu usaha berterusan untuk menggemble­ng tenaga, ilmu dan pemikiran ulama dalam usaha meningkatk­an keupayaan ummah.

Kunjungan hormat tersebut antara lain bertujuan untuk menjemput Taib bagi menyempurn­akan Majlis Penangguha­n Rasmi pada 25 Oktober, jam 8.30 malam di Dewan Majma Kompleks Islam Sarawak.

Beliau juga akan melancarka­n Buku Sheikh Haji Othman Abdul Wahap Al Sarawaqi.

Seterusnya, Tun Taib menerima kunjungan hormat daripada Jawatankua­sa Pengelola Sambutan Hari Jadi Ke-82 Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang diketuai Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh selaku menteri bertanggun­gjawab.

Kunjungan hormat beliau adalah untuk menjemput Taib menghadiri beberapa acara utama sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-82 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak yang akan diadakan pada 13 Oktober ini di Sibu.

Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-82 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Neg- eri Sarawak ini akan dimulai dengan Majlis Kesyukuran di Masjid An-Nur Sibu pada 12 Oktober nanti.

Acara utama sambutan adalah Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa melibatkan 128 kontinjen di Dataran Sibu.

Ini kemudianny­a diikuti dengan Istiadat Pengurniaa­n Darjah- Darjah Kebesaran Negeri Sarawak pada Majlis Jamuan Negeri di sebuah hotel terkemuka di Sibu.

Acara sisipan turut diadakan seperti Konsert Dirgahayu di Dataran Sibu serta Pameran Dirgahayu — Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Galeri, Kompleks Islam Sarawak, Sibu.

Manakala Majlis Pelancaran Musical Fountain di Square Tower, Tebingan Sungai Sarawak di Kuching akan diadakan pada Ahad ini.

 ??  ?? TERIMALAH: Tun Taib menerima kad jemputan daripada Wong (enam kiri) bersama delegasi.
TERIMALAH: Tun Taib menerima kad jemputan daripada Wong (enam kiri) bersama delegasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia