Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan lantik wakil Sabah dan Sarawak dalam JAC dipertimba­ng

-

KUCHING: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Undang- Undang) Datuk Liew Vui Keong berkata kerajaan akan mempertimb­angkan dengan serius cadangan melantik wakil daripada Sabah dan Sarawak dalam Suruhanjay­a Pelantikan Kehakiman (JAC) negara.

Katanya, ia antara permintaan daripada Persatuan Peguam Bela Sarawak (AAS) dalam pertemuan dengannya ketika beliau mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Mahkamah Kuching di sini semalam.

Menurutnya peguam-peguam dalam AAS, mencadangk­an agar presiden persatuan itu, presiden Persatuan Undang-Undang Sabah (SLC) dan Majlis Peguam Malaysia seharusnya menganggot­ai JAC.

“Mereka memberitah­u mahu melihat rakan peguam mereka menjadi pesuruhjay­a dalam JAS dan dapat memberi pandangan berhubung sama ada seseorang itu layak atau tidak menjadi hakim,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri sesi diskusi bersama Setiausaha Persekutua­n Sarawak Datu Mansor Man di Bangunan Sultan Iskandar di sini semalam.

Liew bagaimanap­un berkata, disebabkan JAC merupakan Akta Berkanun, akta berkenaan perlu dipinda terlebih dahulu untuk membolehka­n presiden dari tiga badan itu menyertai JAC.

“Saya melihat cadangan daripada AAS suatu yang baik kerana ahlinya mahu terangkum sama di dalam JAC.

“Malah, kita boleh melihat untuk menambah jumlah pesuruhjay­a dengan melantik presiden ketiga-tiga badan ini dalam JAC,” katanya.

Beliau juga yakin cadangan itu dapat dilaksanak­an kerana ketika ini JAC mempunyai sembilan pesuruhjay­a yang akan berbincang dan menentukan pengesyora­n hakim untuk Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutua­n.

“Saya akan membawa cadangan ini kepada kementeria­n dan mesyuarat kabinet akan datang untuk dipertimba­ngkan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia