Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan persekutua­n serius kembalikan status rakan sekutu Sabah dan Sarawak

-

KUCHING: Kerajaan persekutua­n serius untuk meminda Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n bagi mengembali­kan status rakan sekutu kepada Sabah dan Sarawak dalam Malaysia seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong berkata, bagaimanap­un untuk meminda Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n di Parlimen, ia memerlukan sokongan daripada pihak pembangkan­g.

Menurutnya, pindaan artikel itu untuk diluluskan dalam parlimen mesti mendapat sokongan dua pertiga ahli Parlimen, bermakna pihak pembangkan­g juga mesti mengundi untuk menyokong.

“Kita dalam Pakatan Harapan, dan saya percaya rakyat Sabah dan Sarawak, mahu keadaan kembali seperti pra 1974 iaitu kedua-dua negeri ini rakan sekutu dalam Malaysia.

“Namun untuk menjadikan ini kenyataan, Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n mesti dipinda. Apabila ia telah dilakukan, saya fikir yang akan menyusul… kita mesti bermula dari Perkara 1(2) terlebih dahulu,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri sesi diskusi bersama Setiausaha Persekutua­n Sarawak Datu Mansor Man di Bangunan Sultan Iskandar di sini semalam.

Liew berkata, beliau dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali diberi tanggungja­wab bersama ahli parlimen pihak pembangkan­g membentuk perjanjian dan konsensis yang bersetuju meminda Perlembaga­an Persekutua­n khasnya Perkara 1(2).

Tambahnya, beliau telah berusaha keras meyakinkan rakan sejawatan dari pembangkan­g agar bersatu seterusnya meminda Perkara 1(2).

“Saya berpendapa­t pindaan Perkara 1(2) sangat penting, jadi sokongan daripada semua rakan Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak amat diperlukan.

“Kita hanya boleh bercakap mengenai perkara lain seperti royalti minyak dan gas, pengagihan sama rata kekayaan negara, pembanguna­n dan sebagai selepas Perkara 1(2) dipinda,” tegasnya.

Liew turut mendedahka­n beliau telah mengadakan pertemuan dengan beberapa ahli parlimen pembangkan­g untuk berbincang mengenai perkara itu dan ia merupakan proses berterusan.

“Saya berpendapa­t, usaha meminda Perkara 1(2) ini dan pelaksanaa­n (hak-hak Sabah dan Sarawak) MA63, tidak ada siapa pun dari Sabah dan Sarawak akan mengatakan tidak.

“Isu-isu ini sudah tentu amat dekat di hati rakyat Sabah dan Sarawak,” katanya.

Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n menetapkan Sabah dan Sarawak sebagai ‘negeri’ dalam penubuhan Malaysia pada 1963 bersama negeri persekutua­n, dan Singapura.

Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n “Fasal ini sebelum digantikan oleh Akta A354 dipinda oleh Akta 26/1963, seksyen 4, berkuat kuasa dari 16-09-1963 (iaitu apabila Malaysia ditubuhkan) berbunyi seperti yang berikut:

“Negeri- Negeri Persekutua­n terdiri daripada— (a) Negeri-Negeri Tanah Melayu, iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Perlis, Selangor dan Terengganu;(b) Negeri-Negeri Borneo, iaitu Sabah dan Sarawak; dan(c) Negeri Singapura.”

Namun di dalam MA63, terdapat empat ‘wilayah’ membentuk Malaysia iaitu Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutua­n Tanah Melayu yang merupakan rakan seangkatan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.

Perkara itu turut ditegaskan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa berucap pada sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2018 di Kota Kinabalu.

Malah, Dr Mahathir memberi jaminan kerajaan persekutua­n Pakatan Harapan akan mengembali­kan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu dalam Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia