Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan persekutua­n sumbang empat kenderaan pacuan empat roda untuk Mahkamah Bergerak

-

KUCHING: Kerajaan persekutua­n akan menyumbang sebanyak empat kenderaan pacuan empat roda untuk menambah pengangkut­an sedia ada bagi menjalanka­n program Mahkamah Bergerak di Sarawak.

Sumbangan tersebut telah diluluskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong selepas menerima permohonan daripada Mahkamah Kuching, semalam.

Menurut Liew, beliau segera meluluskan permohonan tersebut kerana menyedari kenderaan untuk pengangkut­an itu sangat diperlukan bagi menjalanka­n perkhidmat­an Mahkamah Bergerak di negeri ini yang begitu luas, selain struktur jalan yang tidak berapa bagus.

“Dengan adanya tambahan pengangkut­an ini, saya berharap Mahkamah Bergerak akan dapat dijalankan dengan lebih menyeluruh di Sarawak,” ujarnya ketika ditemui se- masa melawat ke Kompleks Mahkamah Kuching, Petra Jaya di sini semalam.

Hadir sama Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Seri Panglima David Wong Dak Wah, Ketua Pendaftar Mahkamah, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutua­n Malaysia Dato Sri Latifah Mohd Tahar dan Ketua Pengarah Ba- hagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri Datuk Jalil Marzuki.

Sementara itu, Liew turut memuji pengoperas­ian Mahkamah Kuching yang berjalan dengan baik, di mana semua sistemnya berjalan lancar terutama bagi e-Mahkamah yang menggunaka­n teknologi canggih.

Justeru katanya, ia secara tidak langsung menyumbang kepada penjimatan begitu banyak kos dan masa.

“Jumlah kes tertunggak sudah berkuranga­n dengan ketara sekali iaitu cuma 20 atau 30 kes sahaja... ini merupakan pencapaian hebat Mahkamah Kuching dalam mencapai standard sebegini,” katanya.

 ??  ?? LAWAT: Liew (kiri) diiringi Wong semasa melawat Kompleks Mahkamah Kuching, semalam.
LAWAT: Liew (kiri) diiringi Wong semasa melawat Kompleks Mahkamah Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia