Utusan Borneo (Sarawak)

Gua Naga Mas ditutup sementara untuk kerja penyelidik­an fosil

-

GOPENG: Gua Naga Mas di sini akan ditutup sementara mulai hari ini untuk kemudahan menjalanka­n kerja-kerja penyelidik­an rangka fosil vertebrata dipercayai harimau purba yang terbenam di siling gua berkenaan.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Perak, Tan Kar Hing berkata memandangk­an gua ini merupakan tempat ibadat bagi penganut Buddha, pihaknya telah mengadakan perbincang­an dengan Persatuan Penganut Agama Bud- dha di sini untuk menutup kawasan gua ini.

Mereka bersetuju memberi laluan kepada kerja- kerja penyelidik­an untuk tempoh sekurang- kurangnya tiga bulan.

Kajian akan dilakukan oleh sekumpulan pakar arkeologi dan geologi dari pelbagai agensi dan jabatan kerajaan termasuk pensyarah universiti awam.

Penutupan itu juga bagi mengelak sebarang kerosakan atau kecurian ke atas tulang fosil tersebut.

“Sebuah jawatankua­sa teknikal akan ditubuhkan di bawah Penasihat Pakar Geopark Kebangsaan Lembah Kinta untuk mengkaji fosil tersebut serta perancanga­nkerajaann­egeriterha­dap fosil itu,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke gua berkenaan di sini semalam.

Menurut Tan, fosil yang berusia antara 2.5 juta tahun dan 11,000 tahun lalu itu telah ditemui oleh sekumpulan pengkaji bumi pada 1992 dan berukuran panjang 98 sentimeter didapati terdedah di bahagian siling gua iaitu kira-kira tujuh meter daripada lantai gua batu kapur berkenaan.

Sementara itu, pensyarah Zooarkeolo­gi Universiti Sains Malaysia, Dr Velat Bujang berkata kajian terhadap fosil itu akan dilakukan selepas proses pemulihara­annya selesai dijalankan.

Katanya, penyelidik­an dan kajian itu membabitka­n proses pemetaan bercahaya secara tiga dimensi (3D) selain menggunaka­n alat pengimbas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ATASI MASALAH: Mohd Anuar (tiga kanan) mengadakan lawatan ke tapak projek membina jalan baharu lencongan Timur dari persimpang­an Pekan Simpang Kuala ke Jalan Tun Razak, di Alor Setar, semalam.
— Gambar Bernama ATASI MASALAH: Mohd Anuar (tiga kanan) mengadakan lawatan ke tapak projek membina jalan baharu lencongan Timur dari persimpang­an Pekan Simpang Kuala ke Jalan Tun Razak, di Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia