Utusan Borneo (Sarawak)

MA63: Rakyat Sarawak perlu kekal sokongan terhadap KM

-

BETONG: Rakyat perlu mengekalka­n momentum sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang merupakan ketua kerajaan di peringkat negeri serta mendapat mandat kukuh selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong berkata, sokongan yang diterjerma­hkan bukan sahaja menerusi kotak undi malah menerusi semua program dan rancangan kerajaan selama ini adalah kayu pengukur sebenar terutama dalam usaha kerajaan memperjuan­gkan hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian MA63.

“Maka, saya menyaranka­n rakyat yang sayang serta mencintai bumi bertuah Sarawak perlu berdiri kukuh serta bersama-sama Ketua Menteri dalam memperjuan­gkan semua hak kita dan sudah sampai masanya kerajaan (pusat) mengembali­kan hak Sarawak seperti yang tercatat dalam dokumen MA63 serta selaras dengan manifesto PH pada PRU lepas,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Muda Ringkai, Aur Bangat, Lidong semalam.

Dr Rayong berkata, Abang Johari dan barisan kabinet negeri berada di landasan tepat serta orang yang paling layak mengetuai suara akar umbi untuk mendesak kerajaan pusat segera mengembali­kan hak negeri ini yang diambil secara sedar dan tidak sedar selama lebih 60 tahun.

“Cukup-cukuplah (pusat) mengambil hak kita kerana tempoh lebih 60 tahun sudah terlalu lama dan tiada ruang lagi untuk mereka berdolakda­lih menahan semua hak yang sepatutnya dinikmati kita sejak pembentuka­n Malaysia,” tegasnya dan menambah perkara tersebut turut terkandung dalam manisfesto PH dan wajar mereka penuhi dan bukan mencari alasan untuk menidakkan suara majoriti anak Sarawak.

Selain itu ujarnya, rakyat terutama generasi muda mahu Abang Johari kekal dengan perjuangan­nya menuntut bayaran royalti minyak sebanyak 20 peratus daripada lima peratus yang diterima sejak dahulu lagi.

“Banyak maklum balas yang diterima saya yang menzahirka­n rasa sedih, kesal dan terkilan berkenaan pengumuman peringkat pusat sebelum ini bahawa royalti minyak sebanyak 20 peratus dibayar berdasarka­n keuntungan dan bukan royalti... sesuatu yang mengecewak­an mereka dan ia jauh menyimpang dari manisfesto PH sendiri,” ujarnya.

Bercakap lanjut, beliau yang juga Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu (UPP) menegaskan agenda dan perjuangan Abang Johari selari dengan manifestas­i jiwa anakanak muda kini yang mahu pembanguna­n di luar bandar diberi keutamaan kerana ia masih ketinggala­n berbanding di bandar.

“Maka itu, kita mahu pusat menunaikan janji memberi royalti 20 peratus memandangk­an masih banyak kawasan di luar bandar negeri ini masih ketinggala­n dari aspek pembanguna­n,” katanya.

Pada majlis sama, Dr Rayong menasihati pemilik tanah agar mengusahak­an tanah NCR mereka dengan tanaman serta penternaka­n komersial memandangk­an misi dan visi kerajaan negeri mahu melihat rakyat mempunyai pendapatan sekurangku­rangnya RM4,000 sebulan menjelang 2030.

“Tanaman pula harus dipelbagai­kan bagi mengimbang­i penurunan harga tanaman komoditi selain menceburi penternaka­n ikan mahu pun ayam dan itik yang pastinya boleh menjana pendapatan lumayan,” ujarnya.

Terdahulu, beliau mengumumka­n pemberian MRP bernilai RM7,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) untuk bayaran pemasangan meter air dan RM3,000 kepada Biro Wanita Rumah Muda.

Sebagai tambahan, beliau mengumumka­n pemberian RTP bernilai RM150,000 pada tahun hadapan sebagai dana menyediaka­n kemudahan asas di rumah panjang ini.

Hadir sama Penghulu Nyambong Maweng, tuaituai rumah di sekitar Lidong dan tetamu jemputan lain. ALOR SETAR: Rakyat diminta agar tidak percaya khabar angin kononnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan membatalka­n semua rojek pembanguna­n yang diluluskan kerajaan terdahulu.

Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, khabar angin sedemikian sengaja ditimbulka­n pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan corak pentadbira­n kerajaan sekarang yang lebih telus serta untuk menakut- nakutkan rakyat.

“Ada orang kata kerajaan baharu ini banyak menangguhk­an projek, tak nak buat projek sampai projek masjid yang kecil-kecil, itu semua khabar angin berkemungk­inan berpunca daripada orang-orang yang tak berpuas hati dengan kerajaan.

“Sebenarnya itu hanya tohmahan kerana kerajaan sebenarnya cakna kepada keperluan rakyat dan projek- projek yang menjadi keutamaan mesti kita buat, cuma projek- projek mega memang kita stop (henti) dulu dan kita kaji semula,” katanya selepas melawat projek Jalan Baharu Lencongan Timur dari Persimpang­an Pekan Simpang Kuala ke Jalan Tun Razak, di sini semalam.

Katanya, biarpun kerajaan berdepan dengan kekangan kewangan, namun ia tetap komited untuk tidak mempersia-siakan harapan rakyat dan projek yang dianggap ‘kritikal’ dan perlu disegeraka­n akan dilaksanak­an secepat mungkin.

Beliau berkata kerajaan juga tidak lagi mengamalka­n pemberian tender secara terus sebaliknya diberikan secara tender terbuka agar lebih ramai kontraktor yang berke- layakan dapat menyumbang sama dalam sesuatu projek pembanguna­n.

Sempena lawatannya itu, Mohd Anuar berpuas hati dengan projek berkenaan kerana ia mampu mengurangk­an kesesakan terutama di bandar raya Alor Setar ketika ini.

Ia melibatkan fasa satu yang membabitka­n projek menaik taraf jalan sedia ada sepanjang dua kilometer berkonsepk­an jalan berkembar empat lorong di Jalan Alor Mengkudu dengan kos RM42.16 juta yang berjaya disiapkan pada 15 Mei 2014.

Fasa 2A, membabitka­n pembinaan jalan baharu sepanjang 3.8 kilometer berkonsepk­an jalan tunggal dua lorong dari Jalan Alor Mengkudu ke Jalan Datuk Kumbar dengan kos sebanyak RM176.46 juta dan kerjakerja telah pun disiapkan pada 31 Julai lalu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia