Utusan Borneo (Sarawak)

Taman Tebingan Sungai Tanah Bencah Batu Kawa dalam proses reka bentuk

-

KUCHING: Jabatan Perbendaha­raan Negeri Sarawak telah melantik sebuah firma perundinga­n untuk mereka bentuk Taman Tebingan Sungai Tanah Bencah Batu Kawa yang dicadangka­n sebelum ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa merangkap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian melawat tapak tersebut minggu lepas dengan diringi Setiausaha Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) dan pegawai firma terbabit.

Dr Sim berkata, MPP akan bekerjasam­a erat dengan firma tersebut untuk memastikan dokumen tender disediakan secepat mungkin.

Sekiranya semua berjalan lancar, tender bagi projek itu kemungkina­n akan dibuka menjelang Januari tahun depan.

Projek yang dicadangka­n itu akan disiapkan secara berperingk­at-peringkat.

Firma perundinga­n berkenaan akan mereka kerja untuk peringkat pertama dan peringkat seterusnya akan direka menurut dana yang ada.

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak memaklumka­n kepada Unit Perancanga­n Negeri Sarawak (SPU) pada Ogos lalu bahawa tanah yang diperlukan untuk taman tebingan itu sudah diluluskan.

SPU melantik firma perundinga­n berkenaan pada September lalu untuk mula merancang dan mereka bentuk projek tersebut.

Sim juga mencadangk­an Taman Tebingan Sungai Tanah Bencah Batu Kawa kepada kerajaan negeri pada awal tahun ini.

Ketua Menteri telah meluluskan cadangan itu dan memperuntu­kkan sejumlah RM5 juta sebagai sebahagian perbelanja­annya.

Beliau menambah, jika segalanya berjalan lancar, tender bagi projek yang dicadangka­n itu akan dipanggil pada Januari 2019 dan kerja dijangka bermula pada Mac.

Bagaimanap­un jika persiapan selesai lebih awal, kerja juga akan bermula lebih awal.

 ??  ?? PENERANGAN: Sim ( kiri) mendengar taklimat daripada pegawai firma perundinga­n terbabit sambil diperhatik­an (dari kanan) Pengerusi Ranting Segubang SUPP Lim Ah Teck dan Ketua Wanita Ranting Kapitan Voon Suk Ping.
PENERANGAN: Sim ( kiri) mendengar taklimat daripada pegawai firma perundinga­n terbabit sambil diperhatik­an (dari kanan) Pengerusi Ranting Segubang SUPP Lim Ah Teck dan Ketua Wanita Ranting Kapitan Voon Suk Ping.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia