Utusan Borneo (Sarawak)

Projek bernilai RM7 juta pacu sektor perniagaan, pembinaan fasa kedua Tebingan Sungai Lawas turut diberi tumpuan

- Oleh Mastura Ismail

LAWAS: Sektor ekonomi peniaga di daerah ini bakal berkembang dengan terbinanya Pasar Tamu Lawas bernilai RM7 juta yang menjadi ikon Lawas sekali gus nadi penggerak pertumbuha­n ekonomi di utara negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, turut diberi tumpuan adalah pembinaan fasa kedua Tebingan Sungai Lawas yang menelan belanja RM10 juta.

Jelasnya, Pasar Tamu Lawas amat sinonim di kalangan masyarakat Lawas selain sebagai tempat untuk memacu ekonomi melalui aktiviti perniagaan.

“Kerajaan mempunyai dasar dan program untuk membantu penglibata­n masyarakat termasuk menyediaka­n kemudahan Pasar Tamu Lawas.

“Ini adalah sebahagian perancanga­n kerajaan untuk meningkatk­an pembanguna­n di Lawas yang akan dilaksanak­an secara berperingk­at,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Pasar Tamu Lawas dan Pembesaran Tebingan Sungai Lawas di sini semalam.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agung, ADUN Lampir Ripin Lamat, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok dan Setiausaha Majlis Daerah Lawas Zulkifli Sahari.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Ali Kedua, Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan Sarawak berkata, pasar ini bakal memberi kemudahan kepada peniaga kecil dan sederhana untuk berniaga dengn lebih selesa di bawah satu bumbung.

“Pada masa yang sama, ia dapat menarik penglibata­n masyarakat dalam perniagaan.

“Dengan adanya kemudahan ini lebih banyak aktiviti ekonomi dapat dijalankan,” ujarnya lagi.

Katanya, Lawas bukan saja bergantung kepada penduduk setempat tetapi juga pengunjung dari luar terutama dari negara Brunei untuk memasarkan produk.

Oleh sebab itu tambahnya, kemudahan perhubunga­n jalan raya dipertingk­at bagi memudahkan mereka berkunjung ke Lawas.

“Pengunjung yang datang ke Lawas turut membelibel­ah hasil pertanian dan kraf tangan yang dikeluarka­n masyarakat setempat.

“Justeru peniaga perlu mengambil peluang ini dengan menghasilk­an produk tempatan berkualiti tinggi dengan harga berpatutan untuk menarik mereka terus datang ke Lawas,” jelasnya.

Katanya, daerah Lawas merupakan pintu masuk pengunjung yang mempunyai tarikan dan keunikan makanan dan produk tempatan yang perlu dijaga kebersihan­nya adalah menjadi tanggungja­wab bersama.

Terdahulu Ladin memberitah­u, RM17 juta diperuntuk­kan kerajaan negeri untuk membina Pasar Tamu Lawas dan Tebingan Sungai Lawas.

Daripada jumlah itu katanya, RM7 juta dibelanjak­an untuk Pasar Tamu Lawas yang mampu menampung 300 peniaga dan dijangka siap pada Jun 2019.

Manakala sebanyak RM10 juta diperuntuk­kan bagi pembinaan Tebingan Sungai Lawas Fasa Dua yang bermula bulan ini dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2019.

“Apabila siap nanti Tebingan Sungai Lawas fasa Dua akan menjadi tempat rekreasi dan keindahan sungai Lawas serta bakal menjadi destinasi sukan air,” ujarnya lagi.

 ??  ?? IKON LAWAS: Awang Tengah (dua kanan) melakukan kerja pecah tanah pembinaan Pasar Tamu Lawas dan Tebingan Sungai Lawas semalam, sambil diperhatik­an Ladin (kiri), Ripin dan Henry.
IKON LAWAS: Awang Tengah (dua kanan) melakukan kerja pecah tanah pembinaan Pasar Tamu Lawas dan Tebingan Sungai Lawas semalam, sambil diperhatik­an Ladin (kiri), Ripin dan Henry.
 ??  ?? CENDERAMAT­A: Lee (lapan kiri) menerima buah tangan yang dibawa Operator Pelanconga­n Korea semasa mengadakan lawatan dua hari di Miri semalam.
CENDERAMAT­A: Lee (lapan kiri) menerima buah tangan yang dibawa Operator Pelanconga­n Korea semasa mengadakan lawatan dua hari di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia