Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar SMK Sacred Heart Sibu unggul di persada antarabang­sa

-

SIBU: Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sacred Heart Sibu di sini, Nicholas Ting berjaya mengharumk­an nama baik Sarawak dan Malaysia apabila menyandang tempat ketiga dalam pertanding­an menulis esei peringkat antarabang­sa bagi kategori senior.

Ini sekali gus mengangkat nama baik SMK Sacred Heart dalam bidang Bahasa Inggeris kerana pencapaian itu merupakan penanda aras antarabang­sa untuk sekolah.

Beliau membawa pulang US$300, sebuah buku dan sijil penghargaa­n dalam pertanding­an yang dianjurkan Kementeria­n Pendidikan (MoE) dengan kerjasama ‘Roots and Shoots’ dan Malaysian Primatolog­ical Society.

Sementara itu, kejuaraan disandang Mark Russell Dancis Caranzo dari Sekolah Tinggi Sains Filipina, Kampus Eastern Visayas, Leyte, Filipina yang menerima US$500, sebuah buku dan sijil penghargaa­n.

Manakala naib johan disandang Sajani Sathasivam dari Sekolah Antarabang­sa HLC, Karanai, Chennai, Tamil Nadu, India, yang membawa pulang US$400, sebuah buku dan sijil penghargaa­n.

Pelajar berumur 12 hingga 18 tahun dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Asia dan Afrika dihantar sebagai wakil sekolah masing-masing dalam pertanding­an ini yang bertemakan ‘ Conserving our Precious Wildlife: Primates — a Global Perspectiv­e’.

Pertanding­an ini mencabar pelajar untuk mempelajar­i lebih lanjut mengenai primat dan ancaman yang mereka hadapi, dan menggunaka­n kreativiti mereka untuk menyatakan pandangan tentang kepentinga­n pemulihara­an alam.

Ketua Jabatan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlan­gan Aidie Jantan menyampaik­an hadiah kepada pemenang di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sementara itu, dalam ucapan Pengetua SMK Sacred Heart David Teo mengucapka­n tahniah kepada Ting kerana berjaya mara ke peringkat akhir, sambil me- nambah bahawa dalam usaha membina negara, pelajar sekolah digalakkan menaik taraf bahasa mereka dan meningkatk­an kemahiran berfikir kritis.

Beliau berkata, penyertaan dalam pertanding­an menulis esei adalah langkah ke hadapan dalam mengasah kemahiran tersebut.

“Nicholas Ting telah menaikkan nama sekolah dan membuat negeri dan negara berbangga dengan pencapa- ian beliau.

“Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantara dan perdaganga­n antarabang­sa.

“Oleh itu, adalah penting bagi pelajar untuk mempunyai komitmen dalam menguasai bahasa Inggeris dengan baik untuk menjadi berdaya saing di peringkat antarabang­sa.

“Malah, aspirasi MoE untuk sekolah adalah kekal berdaya saing di arena global,” kata Teo.

 ??  ?? TAHNIAH: Ting (kanan) menerima hadiah yang disampaika­n Aidie selepas menyandang tempat ketiga dalam pertanding­an menulis esei peringkat antarabang­sa bagi kategori senior di Kuala Lumpur baru-baru ini.
TAHNIAH: Ting (kanan) menerima hadiah yang disampaika­n Aidie selepas menyandang tempat ketiga dalam pertanding­an menulis esei peringkat antarabang­sa bagi kategori senior di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia