Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak dan Brunei akan bekerjasam­a promosi destinasi pelanconga­n berkembar

-

MIRI: Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan akan bekerjasam­a dengan Royal Brunei Airlines ( RBA) mempromosi­kan destinasi pelanconga­n berkembar membabitka­n Brunei Darussalam dan Sarawak.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, RBA ketika ini menawarkan penerbanga­n langsung ke Korea, Jepun, dan China.

Bahkan, RBA itu bukan sahaja mengembang­kan pesawat daripada 10 kepada 14 pesawat, malah menambah penerbanga­n baharu ke Hangzhou, Nanning, Shanghai, Hong Kong serta Haikou dan Changsha.

“Pelancong yang datang melawat ke Brunei Darussalam boleh meneruskan lawatan ke Sarawak, kita sedang berusaha untuk mempromosi­kan destinasi berkembar ini bersama RBA,” katanya selepas mengadakan perjumpaan bersama Operator Pelanconga­n Korea (Sukan Golf) di Miri semalam.

Lee berkata, kementeria­nnya telah mengadakan pertemuan dengan RBA di Bandar Seri Begawan bulan lalu bagi tujuan tersebut.

“Selain melawat Miri, mereka juga boleh datang ke Kuching sebab itulah kami mencadangk­an penerbanga­n dari Brunei ke Kuching.

“Kami sedang meneliti kawasan yang berpotensi untuk kami bekerjasam­a di mana ia membawa kepada situasi menang-menang kepada keduadua pihak,” ujarnya.

Semalam, serombonga­n Operator Pelanconga­n Korea telah bertandang ke Miri untuk meninjau kemudahan dan gelanggang golf yang terdapat di Miri.

“Rata-rata mereka berpuas hati dengan kemudahan golf di Miri dan untuk rekod, padang golf Eastwood Valley & Coutry Club Miri antara 10 terbaik di Malaysia yang mendapat perhatian pemain golf asing,” ujarnya.

Bahkan, kemudahan padang golf itu terbuka kepada pemain asing bermula dari Isnin hingga Jumaat sementara Sabtu dan Ahad untuk penganjura­n kejohanan golf.

Selain meninjau kemudahan sukan golf, rombongan Korea itu juga dibawa melawat beberapa destinasi pelanconga­n di Miri selain merasai makanan tempatan serta mempelajar­i budaya tempatan.

“Apabila musim sejuk di Korea, maka mereka akan datang untuk bermain golf di sini selain melancong di beberapa destinasi menarik di Sarawak,” jelasnya.

Lee menambah, usaha untuk mempromosi­kan kemudahan lain kepada Korea juga sedang dibincangk­an termasuk mengalakka­n pelajar dari negara itu belajar bahasa Inggeris di Universiti Curtin Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia