Utusan Borneo (Sarawak)

Program bersama Pustaka Miri dan Rotary Miri di Limbang 13-16 Okt

-

MIRI: Pustaka Negeri Sarawak Miri (Pustaka Miri) dengan kerjasama Kelab Rotary Miri akan menganjurk­an program jangkauan ilmu (outreach) di Limbang pada 13 hingga 16 Oktober.

Lokasi untuk jangkauan ini di Limbang adalah seperti berikut - di Kampung Bidang pada 13 dan 14 Oktober mulai jam 9 pagi hingga 4 petang manakala keesokan harinya 15 Oktober di Sekolah Kebangsaan Menuang, diikuti pada 16 Oktober di Perpustaka­an Awam Limbang, waktu yang sama.

Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai program ini, hubungi penganjur di talian 085-422525, atau melalui e-mel ke Lilian Baun Pulo ( lilianbp@ sarawak. gov.my) atau Suzanna Abdullah ( susana@ sarawak. gov.my).

Objektif utama program ini adalah untuk memastikan agar semua warga Sarawak berpengeta­huan dalam IT selaras usaha kerajaan Sarawak untuk memastikan rakyat mereka mahir dalam penggunaan teknologi.

Aktiviti berasaskan ICT adalah untuk memberi para peserta peluang merangkul semangat mencuba, berinovasi dan kreativiti dengan teknologi baharu yang sedia ada.

Para peserta juga dijangka dilengkapi kemahiran yang diperlukan untuk melakukan transaksi dalam talian.

Melalui kelas literasi maklumat, para peserta akan memperoleh keupayaan untuk mengenali maklumat yang diperlukan dan mempunyai keupayaan untuk mencari, menilai dan menggunaka­n maklumat yang diperlukan dengan berkesan.

Selain itu aktiviti sukarelawa­n seperti pemeriksaa­n kesihatan percuma untuk masyarakat di bawah program pencegahan dan rawatan penyakit, asas program pendidikan dan program literasi serta program inklusivit­i digital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia