Utusan Borneo (Sarawak)

KIK peringkat negeri bermula, 70 kumpulan bentang projek terbaik

-

KUCHING: Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmat­an Awam Peringkat Negeri Sarawak 2018 bermula semalam dengan 70 kumpulan mula membentang­kan projek KIK terbaik masing-masing.

Berlangsun­g di Hotel USCI di sini, konvensyen anjuran kerajaan negeri itu bertujuan memupuk dan meningkatk­an interaksi berkesan bagi menjana pemikiran yang lebih kreatif dan inovatif dalam kalangan penjawat awam.

Di samping itu, ia juga diharap dapat menjalinka­n kerjasama dan hubungan erat di kalangan komuniti KIK sektor awam, selain memberi pengiktira­fan kepada projekproj­ek KIK terbaik.

Kumpulan yang menyertai konvensyen itu dibahagika­n kepada empat kategori iaitu Agensi Negeri, Pejabat Residen dan Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Persekutua­n.

Kategori Agensi Negeri pula dibahagika­n kepada tiga iaitu Jabatan Negeri, Badan Berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Semua projek yang dibentangk­an oleh kumpulan KIK akan dinilai dan diberikan penarafan bintang dengan setiap satu bintang akan menerima RM300 dengan penarafan tertinggi adalah lima bintang.

Selain penarafan bintang, Anugerah Inovasi Ketua Menteri akan diberikan kepada satu pemenang bagi setiap kategori yang menawarkan hadiah wang tunai RM5,000.

Hadiah akan turut diberikan kepada pameran KIK terbaik bagi setiap kategori yang akan diumumkan pada majlis penutupan malam Rabu ini, 10 Oktober di hotel yang sama.

Sementara itu, konvensyen KIK bagi PBT Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan lebih awal iaitu bermula 4 hingga 7 September lepas di Hotel Imperial melibatkan sebanyak 27 kumpulan.

Pemenang bagi konvensyen KIK PBT hanya akan diumumkan pada malam penu- tupan Rabu ini serentak dengan kategori Agensi Negeri, Pejabat Residen dan Daerah dan Persekutua­n.

Antara KIK yang menyertai konvensyen tersebut ialah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar ( JBALB) Sarawak dengan projek bertajuk ‘Untuk Mengatasi Masalah Pencahayaa­n Di Kawasan Pedalaman Melalui Saluran Paip.’

 ??  ?? INOVASI: Kumpulan KIK Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak mempamerka­n projek KIK mereka bagi mengatasi masalah pencahayaa­n di kawasan pedalaman melalui saluran paip.
INOVASI: Kumpulan KIK Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak mempamerka­n projek KIK mereka bagi mengatasi masalah pencahayaa­n di kawasan pedalaman melalui saluran paip.
 ??  ?? KREATIF: Kumpulan serta peserta KIK mempamerka­n projek KIK terbaik masing-masing sempena Konvensyen KIK Perkhidmat­an Awam Peringkat Negeri Sarawak 2018 bermula semalam hingga Rabu ini.
KREATIF: Kumpulan serta peserta KIK mempamerka­n projek KIK terbaik masing-masing sempena Konvensyen KIK Perkhidmat­an Awam Peringkat Negeri Sarawak 2018 bermula semalam hingga Rabu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia