Utusan Borneo (Sarawak)

Jalan ke empat rumah panjang di Machan telah dinaik taraf

-

KANOWIT: Penduduk dari empat rumah panjang di Machan melahirkan rasa syukur serta merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan Allan Siden Gramong kerana telah menaik taraf jalan menuju rumah panjang mereka.

Empat rumah panjang berkenaan ialah Rumah Shamsuddin, Rumah Melaka, Rumah Untol dan Rumah Dim yang terletak dalam Jalan Ladang Sawit Kelimut.

“Penantian kami selama 40 tahun telah berakhir. Segala keluhan dan aduan kami selama ini akhirnya didengar Allan.

“Kita lega dengan masalah ini dapat diatasi,” menurut tuai- tuai rumah tersebut dalam kenyataan media bersama di sini, semalam.

Jalan terbabit adalah penghubung keempat- empat rumah panjang itu dengan jalan utama hingga ke Pekan Machan.

Sebelumnya ini, penduduk tersebut menggunaka­n jalan ladang sawit yang sangat daif dan rosak teruk.

Pihak syarikat ladang berkenaan sudah tidak lagi menyelengg­ara jalan terbabit atas faktor tertentu.

Menurut mereka, apabila cuaca hujan jalan itu agak sukar digunakan kenderaan kecil melainkan kenderaan pacuan empat roda.

Kelmarin, Allan bersama jentera partinya turun padang ke kawasan tersebut untuk melihat sendiri jalan itu dinaik taraf kontraktor.

Jalan terbabit diturap dengan simen hingga ke simpang jalan utama ke Pekan Machan.

“Walaupun bekas ADUN Machan iaitu ayah kepada Allan, Datuk Gramong Juna, tidak dapat melaksanak­an pembanguna­n ini tetapi anaknya Allan telah menyambung legasi ayahnya dengan merealisas­ikan janji dan impian kami selama berdekad yang lalu.

“Inilah yang kita mahu agar Allan terus komited dan menunaikan segala apa yang belum ditunaikan oleh ayahnya dulu,” tegas mereka.

Sebelum ini, semasa pilihan raya lalu wakil rakyat di situ telah berjanji untuk menaik taraf jalan tersebut iaitu menyimen jalan dari Rumah Shamsuddin, Nanga Semayam terus ke simpang Machan/ Kanowit dengan kos RM1.6 juta yang membabitka­n jarak sepanjang 12 kilometer.

 ??  ?? UNTUK RAKYAT: Allan (dua kanan) meninjau kerja-kerja pihak kontraktor yang menaik taraf jalan Nanga Semayam terus ke simpang Machan/Kanowit, kelmarin.
UNTUK RAKYAT: Allan (dua kanan) meninjau kerja-kerja pihak kontraktor yang menaik taraf jalan Nanga Semayam terus ke simpang Machan/Kanowit, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia