Utusan Borneo (Sarawak)

Lo berpendapa­t DEB tidak adil kerana memihak kepada satu kaum

-

KUCHING: Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak adil kerana memihak kepada satu kaum sahaja serta tidak membantu golongan miskin dari semua kaum, kata Lo Khere Chiang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang itu menyuaraka­n pendapat beliau kerana percaya dasar tersebut menghancur­kan kepercayaa­n ramai rakyat Malaysia.

“Saya sedih mendengar Perdana Menteri sekali lagi mengesahka­n dasar tindakan yang memihak kepada satu kaum sahaja dalam temu bual BBC barubaru ini.

“Bagaimana kita hendak membina negara sekiranya ramai di kalangan rakyat kita yang bekerja di luar negara akibat daripada dasar terbabit. Ia perlu diubah,” katanya dalam satu kenyataan akhbar semalam.

Sebelum ini, kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) mendakwa mereka akan membawa banyak perubahan, namun Lo berpendapa­t dasar lama masih diguna pakai.

Beliau berkata, kerajaan PH melaungkan keadilan untuk semua orang dan selepas menang tidak ada pula perwakilan yang berani menyuaraka­n pendapat mereka untuk semua orang.

“Sekiranya layanan sama rata diberikan oleh kerajaan PH kepada semua rakyatnya, mereka yang bekerja keras akan berpuas hati serta akan membayar cukai secara rela dan sewajarnya.

“Kerajaan hari ini juga perlu menyediaka­n kemudahan hospital yang lebih baik, dengan tenaga kepakaran yang bagus, “katanya.

Begitu juga dengan kemudahan pendidikan dan perumahan mampu milik bagi setiap warganegar­a, tambah Lo.

“Bumiputera di Sabah dan Sarawak sering diabaikan terutama di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai akses kepada kemudahan perhubunga­n, bekalan elektrik dan juga air yang sentiasa hidup dalam serba kekurangan.

“Saya tertanya- tanya bagaimana PM Tun Dr Mahathir akan mencapai negara maju menjelang 2025 jika beliau hanya berada di sekitar Semenanjun­g Malaysia dan tidak ke Sabah atau Sarawak?” tambahnya.

Katanya, jika benar kerajaan baharu adil dan saksama maka rakyat di Sabah dan Sarawak jangan sesekali diabaikan dan kembalikan hak Sabah dan Sraawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia