Utusan Borneo (Sarawak)

MOMA Water Sdn Bhd boleh dijadikan sebagai contoh kepada usahawan, PKS di seluruh negara: Ong

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Industri 4.0 boleh menjadi modal yang amat baik untuk menjana pendapatan lebih tinggi, kata Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri ( MITI) Dr Ong Kian Ming.

Menurut beliau, terdapat kira-kira satu juta syarikat di Malaysia, di mana lebih 90 peratus atau lebih 900,000 adalah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan daripada jumlah itu, dianggarka­n tujuh peratus atau 60,000 adalah PKS di Sarawak.

Justeru katanya, MOMA Water Sdn Bhd boleh dijadikan sebagai contoh kepada PKS yang lain.

“Ini adalah satu bukti yang baik di mana sebuah industri yang boleh dikatakan lebih kurang 100 peratus telah diautomasi­kan boleh wujud di Sarawak.

“Di pihak kita MITI dan agensi di bawah MITI, kita akan menjadikan MOMA sebagai satu contoh bukan sahaja di Sarawak, tetapi juga di seluruh Malaysia,” ujarnya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke kilang pemprosesa­n air mineral MOMA di sini, semalam.

Ong yang tiba jam 11 pagi bersama rombongann­ya disambut oleh kakitangan MOMA.

Beliau kemudian mendengar taklimat daripada Pengurus Besar MOMA Water Sdn Bhd Paul Wong, sebelum dibawa melawat sekitar kawasan kilang.

Sementara itu, Ong berkata, kehadirann­ya di Sibu juga adalah untuk mengadakan taklimat dan soal jawab dengan PKS dan usahawan di sini.

“Pada petang ini juga (semalam), kita menganjurk­an taklimat di Sibu untuk memberi maklumat terkini tentang beberapa rancangan kerajaan yang sedia ada untuk membantu PKS dari segi geran, pinjaman dan dari segi perdaganga­n luar,” katanya.

Di pihak kita MITI dan agensi di bawah MITI, kita akan menjadikan MOMA sebagai satu contoh bukan sahaja di Sarawak, tetapi juga di

Malaysia.” seluruh Dr Ong Kian Ming Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri

 ??  ?? CANGGIH: Ong (tengah) dan Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling (kanan) melihat cara pemprosesa­n air mineral MOMA sambil mendengar taklimat daripada Wong, semalam.
CANGGIH: Ong (tengah) dan Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling (kanan) melihat cara pemprosesa­n air mineral MOMA sambil mendengar taklimat daripada Wong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia