Utusan Borneo (Sarawak)

Chen sedia latihan penanaman Musang King secara profesiona­l

-

MIRI: Durian Musang King atau dikenali dengan nama asalnya Raja Kunyit, satu variasi ‘durian kahwin’ yang kian popular di Sarawak kini mendapat permintaan yang tinggi bagi penggemar durian.

Justeru, ini menyebabka­n harganya melonjak tinggi terutamany­a di luar negara.

Menurut David Chen yang mengusahak­an sebuah nurseri di Lopeng di sini, harganya boleh mencecah lebih RM400 sekilogram di Singapura dan Hong Kong.

Dengan isi kuning manis serta empuk, durian ini dicari bukan sahaja warga tempatan bahkan para penduduk negara asing, justeru harganya yang melambung tinggi, katanya.

Bagi para pekebun atau sesiapa sahaja yang berhasrat untuk menanam buah ini, Chen juga menyediaka­n latihan penanaman secara profesiona­l agar pokok yang dibeli tumbuh subur dan berbuah.

Dalam temu bual kepada Utusan Borneo, Chen menganjurk­an seminar penanaman durian Musang King di dewan besar pejabat Dewan Perniagaan Dan Perindustr­ian Cina di Bintulu pada 6 Oktober lepas yang mendapat sambutan yang amat menggalakk­an dengan penyertaan lebih 100 peserta dari seluruh Sarawak.

Chen yang berasal dari Kaohsiung, Taiwan ketika ditemui di nurseri beliau berkata, pada seminar tersebut beliau mendapati ramai penanam terutamany­a daripada Bintulu dan Kuching menghadapi banyak masalah seperti anak pokok mati dan pokok tidak menghasilk­an buah seperti diharapkan.

“Teknik penanaman secara saintifik, penyaliran air, pengunaan baja dan pengubahsu­aian tanah adalah perlu agar anak-anak pokok durian dapat tumbuh subur seterusnya menghasilk­an buah.

“Para petani dan penanam perlu membekalka­n diri dengan pengetahua­n yang betul dalam penanaman durian Musang King,” tambah beliau.

“Dengan teknik penanaman yang betul, sepohon anak pokok durian Musang King boleh berbuah seawal tiga hingga lima tahun,” katanya.

Bercakap kepada wartawan, Chen menyatakan beliau akan berada di Miri pada hari ini dan esok.

Oleh itu, para pelanggan boleh menemui beliau pada dua hari ini.

Beliau menyatakan, selepas menghadiri seminar tersebut, ramai penanam mendapat penambahba­ikan dalam teknik penanaman mereka.

Para pelanggan yang membeli anak-anak pokok akan ditunjuk ajar cara menanamnya di kebun mereka walaupun membeli sepohon pokok.

Memandangk­an harga tinggi disebabkan permintaan yang begitu menggalakk­an, sepohon pokok durian Musang King berpotensi menjana pendapatan sehingga RM30,000 setahun kepada para pekebun, kata Chen.

Beliau mendapat bekalan anak- anak pokok durian Musang King dari Raub, Pahang

Selain anak pokok durian Musang King, Chen juga menjual anak pokok durian variasi ‘Duri Hitam,’ anak pokok jambu batu susu, limau kasturi dan lemon.

Pelanggan boleh melawat nurseri beliau di Lot 1144 Jalan Hainam, Lopeng di sini.

Mereka juga boleh menelefon Charlene di talian 0165556695 atau Cynthia di talian 016- 5557172 untuk maklumat lanjut.

Nurseri ini dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang.

Mengakhiri temu bual, Chen menyatakan beliau bercadang untuk menganjurk­an seminar teknik penanaman durian Musang King di Miri pada awal November di pejabat Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Miri.

 ??  ?? SUBUR: Chen ketika ditemui di nurseri beliau di Lopeng, Miri.
SUBUR: Chen ketika ditemui di nurseri beliau di Lopeng, Miri.
 ??  ?? HASIL LUMAYAN: Anak-anak pokok durian Musang King untuk dijual.
HASIL LUMAYAN: Anak-anak pokok durian Musang King untuk dijual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia