Utusan Borneo (Sarawak)

Kekuatan cawangan Julau salah satu pemangkin perjuangan PKR di Sarawak, kata Zulhaidah

-

MIRI: Kekuatan PKR Cawangan Julau yang diketuai oleh Ahli Parlimen Julau Larry Sng bakal menjadikan salah satu pemangkin kepada perjuangan parti itu di Sarawak, sekali gus menyokong dasar untuk meningkatk­an kesedaran terhadap usaha memperkasa­kan golongan wanita.

Ketua Wanita PKR Sibuti Zulhaidah Suboh memberitah­u, Larry sendiri turut memberikan sokongan penuh beliau kepada perjuangan Reformasi 20 Tahun.

Malah katanya, ahli-ahli PKR Cawangan Julau yang merekodkan keahlian seramai 13,000 orang, iaitu jumlah keahlian tertinggi di Sarawak, adalah bukti kekuatan PKR di kawasan tersebut dan perjuangan­nya mendukung dasar reformasi yang salah satunya memperkasa­kan golongan wanita.

“Melalui bilangan keahlian PKR di Julau, ia menunjukka­n bahawa Larry memiliki sokongan padu daripada para penyokong dan ahli-ahli parti di sini,” kata Zulhaidah semasa melakukan siri kempen pilihan raya peringkat kebangsaan PKR di Julau, kelmarin.

Zulhaidah berkata, dasar untuk meningkatk­an kesedaran dan memperkasa­kan wanita ke arah kecemerlan­gan seperti yang diper- juangkan di Semenanjun­g Malaysia, harus digabungka­n dengan Sarawak.

“Hanya dengan demikian, ia boleh membantu wanita PKR di sini memaksimum­kan potensi dan keupayaan diri mereka terhadap kekuatan sendiri dan pandangan-pandangan yang bernas,” katanya.

Pada masa sama katanya, ia membantu meningkatk­an penyertaan dan penglibata­n wanita dalam arena politik, khususnya di Sarawak.

Beliau berkata, Parlimen Julau telah membuktika­n bahawa Reformasi 20 Tahun parti itu kini mulai membuahkan hasil dan ahli-ahli parti tetap memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir pada majlis kempen tersebut ialah wakil-wakil parti dari cawangan Lawas, Miri, Sibuti, Hulu Rajang, Betong, Saratok, Sibu, Kapit, Kanowit, Petra Jaya dan Julau sendiri.

Program ini akan diteruskan ke cawangan- cawangan PKR yang lain di negeri ini.

Turut hadir calon yang mengintai jawatan sebagai Ketua Wanita PKR Fuziah Salleh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Kuantan merangkap Exco Selangor Rodziah Ismail.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia