Utusan Borneo (Sarawak)

BQ rujukan pemimpin masyarakat Betong pantau pelaksanaa­n projek

-

KUCHING: Pemimpin masyarakat di Betong kini boleh memantau rapi pelaksanaa­n projek pembanguna­n di kawasan masing-masing.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, semua projek akan disertakan dengan Senarai Kuantiti (BQ) untuk rujukan pemimpin masyarakat.

Jelasnya, BQ adalah dokumen lengkap mengenai semua spesifikas­i dan skop projek yang disediakan oleh jabatan atau agensi kerajaan yang berkenaan.

M e n e r u s i l a n g k a h ini katanya, pemimpin masyarakat boleh mengelak daripada perubahan kecil dalam pelaksanaa­n projek masing-masing.

“Betong adalah kawasan pertama di negeri ini yang melaksanak­an pemantauan oleh pemimpin masyarakat.

“Dengan dokumen ini, pemimpin masyarakat boleh membantu kerajaan untuk memastikan pelaksanaa­n mengikuti semua spesifikas­i.

“Ini akan dapat mengelak sebarang kerja-kerja kurang baik yang boleh menjadi sumber rungutan terhadap kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Karnival Mountain Bike yang dianjurkan sempena Karnival Ulu Paku di pekarangan Rumah Francis Nyanggau di Ulu Penom di sini, petang kelmarin.

Turut hadir Ahli Parlimen Betong Robert Lawson Chuat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu dan Residen Betong Friday Belik.

Tambah Uggah, jika manamanako­ntraktordi­dapatitida­k mengikuti spesifikas­i projek, pemimpin masyarakat boleh membangkit­kan perkara itu kepada Pegawai Daerah di kawasan masing-masing.

“Kita mahu ada ketelusan dalam pelaksanaa­n semua projek transforma­si di kawasan luar bandar kita.

“Kita mahu memberi kuasa kepada pemimpin masyarakat kita dalam pelaksanaa­n projek,” tambahnya.

Bercakap mengenai karnival tersebut Uggah berkata, ia selari dengan hala tuju Ketua MenteriDat­ukPatinggi­Abang Johari Tun Openg yang mahu melihat rakyat luar bandar mempunyai pendapatan tambahan menerusi festival sedemikian.

Selain itu katanya, festival itu juga pelung untuk masyarakat luarbandar­memperkuku­hkan k e h a r m o n i a n d a n perpaduan.

Pada karnival tersebut, Uggah turut mengagihka­n geran Program Transforma­si Luar Bandar ( RTP) berjumlah RM6.5 juta bagi 44 projek kepada pemimpin masyarakat, sekolah dan persatuan.

Uggah turut menyampaik­an hadiah kepada pemenang lumba basikal yang disertai seramai 67 pelumba termasuk seorang dari Sabah dan seorang dari Australia serta tiga pelumba negara dari pasukan polis dan Terengganu. KUCHING: Tanggungja­wab menjaga kemudahan klinik yang disediakan kerajaan adalah tanggungja­wab bersama setiap lapisan masyarakat.

Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Jerip Susil berkata, hampir setiap perkampung­an yang terletak di hulu Padawan mempunyai kemudahan klinik masing-masing.

“Projek pembinaan klinik dalam setiap kampung merupakan inisiatif kerajaan bagi kesejahter­aan penduduk kampung, maka perlulah ia menjadi tanggungja­wab bersama untuk menjaganya,” ujarnya ketika merasmikan Penangguha­n Karnival Tahunan Klinik Kesihatan Padawan baru-baru ini.

Dr Jerip yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong berkata, penganjura­n karnival seperti itu menuntut komitmen semua pihak dan diharap akan diteruskan pada masa akan datang.

Karnival tersebut merupakan aktiviti tahunan Klinik Kesihatan Padawan yang dianjurkan oleh Panel Penasihat Klinik Kesihatan Padawan pada 6 Oktober lepas.

Pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahka­n karnival seperti senamrobik yang dikendalik­an oleh ahli fisioterap­i diikuti ceramah kehamilan dan perancang keluarga, pemeriksaa­n mata dan gigi, saringan sakit puan dan kesihatan, pertanding­an mewarna bagi murid- murid sekolah rendah dan gerai jualan.

 ??  ?? SELAMAT BERTANDING: Uggah melepaskan peserta lumba basikal sempena Karnival Ulu Paku di pekarangan Rumah Francis Nyanggau di Ulu Penom, Betong petang kelmarin.
SELAMAT BERTANDING: Uggah melepaskan peserta lumba basikal sempena Karnival Ulu Paku di pekarangan Rumah Francis Nyanggau di Ulu Penom, Betong petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia